UCAPAN MENJUNJUNG TITAH UCAPAN DYMM SULTAN SELANGOR DUN RAWANG

Terima kasih, Tuan Speaker kerana memberi peluang kepada Rawang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan PR di bawah pimpinan Menteri Besar Y.A.B Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim serta barisan EXCO kerana berjaya meneruskan Agenda Perubahan, dan melaksanakan Dasar Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor yang nenekankan kepedulian kepada rakyat, walaupun menghadapi sekatan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional serta diserang bertubi-tubi oleh media arus perdana, polis dan SPRM yang menjadi alat politik BN.

Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor ini harus diteruskan dengan usaha bersepadu daripada semua pihak bagi membantu rakyat daripada golongan yang memerlukan dalam negeri Selangor, tanpa mengira bangsa, kaum dan agama serta latar belakang politik.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian:

1)Pihak Berkuasa Tempatan

a) Keselamatan

Aspek keselamatan memang menjadi semakin meruncing dan dibimbangi oleh rakyat.  Baru-baru ini, Rawang sendiri juga menjadi mangsa yang mana cermin kereta Rawang telah dipecahkan dan komputer telah dicuri.  Walaupun Menteri Dalam Negeri telah menolak tawaran Kerajaan Negeri Selangor untuk menempatkan polis bantuan untuk mengurangkan kadar jenayah dan menjaga keselamatan warganegeri Selangor, namun saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri supaya menggunakan peruntukkan negeri yang sedia ada untuk mewujudkan dana keselamatan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)melalui Jawatankuasa Bandar Selamat untuk menaik tarafkan ciri-ciri keselamatan infrastruktur seperti memasang spot-light, lampu jalan di tempat-tempat awam.  Dana ini juga harus terbuka kepada persatuan penduduk serta NGO yang selama ini terlibat dalam aktiviti menjaga keselamatan di komuniti mereka.  Sebagai contohnya, Rawang pernah menerima permohonan daripada Kawalan Rukun Tetangga (KRT) untuk membeli walkie-talkie bagi menjalankan rondaan kerana kekurangan dana.  Jawatankuasa KRT begitu gembira apabila mereka mendapat walkie-talkie tersebut bagi melancarkan kerja mereka untuk menjalankan rondaan.

 

b) Kebersihan

Rawang juga kerap menerima aduan tentang kutipan sampah yang tidak konsisten dan pembuangan sampah haram.  Oleh itu, saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya mewajibkan setiap PBT untuk mendirikan papan tanda di setiap zon yang memaparkan nama syarikat, nama kontraktor, waktu kutipan serta no.hubungan kontrkator supaya orang awam boleh bersama-sama memantau keberkesanan kontraktor.  Kontraktor yang tidak menjalankan kerja mengikut kandungan kontrak harus ditamatkan perkhidmatan mereka sekiranya tidak dapat menawar perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai.

Tuan Speaker dan Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

Saya ingin mengambil kesempatan dalam sidang dewan yang mulia ini untuk mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua sahabat wanita saya kerana tahun ini merupakan Sambutan Tahun Ke-100 untuk Hari Wanita Sedunia.  Rawang juga ingin mengucapkan tahniah kepada EXCO Portfolio Wanita kerana telah melaksanakan banyak polisi dan program Wanita untuk memperdayakan golongan wanita dalam negeri Selangor serta melibatkan mereka dalam pembangunan negeri.  Antara program yang dijalankan termasuklah Kempen One Stop Crisis Centre (OSCC) bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum dan wanita khasnya tentang saluran untuk mereka dapatkan bantuan sekiranya menghadapi kes keganasan.

Di samping itu, kerajaan negeri Selangor juga merupakan negeri pertama yang mengikktiraf 90 hari cuti bersalin kepada golongan penjawat awam wanita, 14 hari kepada suami yang mana isteri mereka bersalin.  Rawang berharap semua GLC di Selangor akan mengimplementasikan polisi ini supaya ia boleh mendatangkan manfaat kepada golongan wanita.

Rawang juga amat prihatin tentang keperluan golongan ibu tunggal.  Menurut hasil kajian yang dilakukan antara Jabatan Pembangunan Wanita dan United National Development Programme (UNDP) bagi pembangunan pelan tindakan nasional untuk ibu tunggal ( Nov 2010), 89 peratus ibu tunggal dikategorikan sebagai miskin, dengan 66 peratus miskin tegar; manakala 13 peratus ibu tunggal tidak berpendidikan manakala 25 peratus hanya mendapat pendidikan setakat sekolah rendah; pendidikan menengah (60 peratus) dan hanya dua peratus berpendidikan tinggi.

Dengan itu, Rawang ingin mencadangkan supaya satu Buku Panduan untuk ibu tunggal diadakan supaya mereka boleh mendapat maklumat dan keupayaan untuk berdikari melalui bantuan dan maklumat yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.

Ahli-ahli Yang Berhormat Sekalian,

Pendidikan adalah bidang yang penting untuk melahirkan generasi akan datang yang akan membangunkan negeri dan negara kita.  Rawang ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya membuat satu perancangan untuk sekolah vokasional, SJKC, SJKT dan SAR bagi memenuhi keperluan komuniti tempatan yang telah berkembang sejajar dengan pembangunan pesat.

Rawang juga meyambut baik inisiatif kerajaan negeri untuk mengadakan WIFI percuma di negeri Selangor.  Rawang ingin mencadangkan supaya Info Desa yang ada sekarang boleh dikaji bilangannya dan diadakan kelas komputer percuma.  Kerajaan negeri juga harus memberi komputer secara percuma kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang mampu supaya mereka juga boleh menerima manfaat daripada dasar kerajaan ini untuk mengurangkan jurang informasi yang sedia ada.

 

Dalam titah ucapan DYMM Sultan Selangor juga menyatakan bahawa kutipan hasil cukai di Selangor telah meningkat daripada 75% kepada 80%.  Saya ingin ucapakan syabas kepada semua Pejabat Tanah dan Daerah atas usaha gigih mereka dan berharap inisiatif ini akan diteruskan.  Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan Negeri supaya meningkatkan insentif yang diberikan kepada PTD memandangkan usaha gigih mereka untuk memproses dan menyelesaikan permohonan tanah yang telah lama tertangguh, khasnya Pejabat Tanah dan Daerah Gombak yang telah memberi geran tanah kepada Kg.India Settlement Batu Caves, Kg.Batu Arang, Kg.Sri Kundang, dan Kg.Sg Bakau di Rawang, yang telah menduduki sekurang-kurangnya 20 tahun ke atas di kampung-kampung tersebut.  Saya juga berharap pihak Kerajaan Negeri mengkaji bilangan Surveyor Officer (S.O) yang ada di setiap PTD sekarang dan menambahkan bilangan S.O jika perlu, supaya PTD boleh memproses  permohonan tanah dengan lebih aggresif dan cepat lagi.

 

Akhir sekali, Rawang ingin menarik perhatian pihak kerajaan tentang keadaan kesesakan lalu lintas di Rawang yang disebabkan oleh kesempitan jalan di depan Kilang Cement Lafrage (FT 3209).  Saya mohon kerajaan negeri mengeluarkan satu peruntukan khas untuk melebarkan jalan tersebut, iaitu bottleneck Lafrage yang mana Y.B Gombak Setia sendiri juga telah turun padang untuk melihat keadaan jalan tersebut.  Saya berharap pihak Kerajaan Negeri akan meluluskan permohonan ini demi kesejahteraan hidup penduduk di Rawang.

 

Sekian, saya menyokong titah ucapan DYMM Sultan Selangor

About these ads

One response to this post.

  1. Posted by Krishna Subramaniam on April 1, 2011 at 6:43 am

    Madam ,

    Good day. Saw your speech. Quite good.I think in order to move forward into Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor we have to think ways of self sustainability options we can further discuss on how to enhance the socio-economic condition.

    ON schools yes, we need more schools and we need a very good after school programe to reduce social ill problems.

    The crime rate can be reduced if we be able to reduce the number of foreign workers who is illegal . There are simply lots of indonesians in Country Homes owning home and into lots of illegal stuff.

    Thet traffic condition is simply unbearable . Based on my observation, the main reason is because the housing estate is mushrooming at COunrty homes. Can we a stop to this?

    Lots of excavation done without considering mother earth

    Regards

    Krishna,S
    012 904 3675

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: