Satu Kenangan Seribu Makna – Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia ke- 100

Kenyataan Media

YB Gan Pei Nei, ADUN RAWANG

Sempena Hari Wanita Sedunia ke 100


 

 

 

 

 

 

 

 

Tahun ini merupakan sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke 100. Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8hb Mac bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang jumlahnya lebih kurang 50% daripada penduduk dunia ini.

Negeri Selangor mempunyai lebih 49% daripada penduduknya terdiri daripada kaum wanita dan kebanyakan mereka adalah berjasa kepada pembangunan negeri. Walaupun demikian, dalam sektor ekonomi, sebahagian besar wanita masih belum lagi berada dalam arus perdana pembangunan ekonomi. Menurut satu kajian, kira-kira lebih sejuta pekerja wanita di Malaysia masih di bawah paras kemiskinan (yang berpendapatan kurang dari RM1500).

Keadaan ini yang seumpama juga wujud di DUN Rawang and mereka harus diberi perhatian. Oleh itu, Pusat Khidmat ADUN Rawang akan mengadakan 2 aktiviti sempena Sambutan Hari Wanita Dunia Ke-100, iaitu  Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma dan Program Ramah Mesra Wanita serta Penyerahan sumbangan kepada ibu tunggal. Tujuan utama program tersebut untuk mengenang jasa wanita Rawang dan memberi bantuan kepada wanita terutamanya ibu tunggal yang masih dalam arus kebebanan. Di samping itu, Penganjur menggalakkan penyertaan aktif daripada wanita di kawasan tersebut dengan memberikan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna dalam komuniti ini.

Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma akan diadakan pada 20 Mac ( Ahad), 11am – 3 petang dan khas kepada wanita Rawang yang berumur 40 -60 tahun. Di Malaysia, 12.2 daripada setiap 100,000 populasi wanita didiagnos menghidap kanser serviks. Menurut laporan WHO pada 2007, lebih daripada 700 wanita Malaysia mati kerana kanser serviks setiap tahun. Perkhidmatan pemeriksaan Pap Smear adalah aktiviti penting dalam pencegahan program kanser pangkal rahim memandangkan penyakit kanser adalah penyebab utama kematian wanita dewasa ini.

Manakala, Program Ramah Mesra Wanita serta Penyerahan sumbangan kepada ibu tunggal akan diadakan pada 27 Mac ( Ahad), pukul 2-4 petang. Pemberian Sumbangan akan diberi kepada ibu tunggal yang berpendapatan kurang daripada RM 1000 sekeluarga sebulan.

Kedua-dua program perlu membuat pendaftaran di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Rawang YB Gan Pei Nei.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi  Givitha: 03- 60937033.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: