JKR perlu mematuhi persetujuan yang ditetapkan

Menurut Keratan Akhbar Sinar Harian semalam bertajuk : “Setuju Pindah apabila mendapat hak” , Saya menyeru Kementerian Kerja Raya (JKR) membayar pampasan kepada 41 pengusaha bengkel dan kilang yang telah dipersetujui semasa perbincangan pada 7 Jan 2011 dengan secepat mungkin. Mesyuarat pada hari tersebut juga dihadiri oleh 20 pengusaha bengkal dan kilang.

Mesyuarat dengan pengusaha bengkel dan kilang

 

Satu mesyuarat telah diadakan pada 11 Mac 2011 bersama 41 pengusaha bengkel dan kilang serta pegawai Pejabat Daearh Tanah Gombak, malangnya pihak JKR tidak menghadiri mesyuarat tersebut tanpa memberi sebarang penjelasan. Manakala memberi surat makluman kepada pengusaha bahawa mereka tidak akan membayar sebarang pampasan.

Saya telah banyak menghubungi pihak JKR supaya mengadakan perbincangan untuk penyelasaian, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan daripada mereka. Saya menyeru JKR perlu mematuhi persetujuan yang telah ditetapkan kepada pengusaha iaitu membayar pampasan sebelum premis mereka dirobohkan.

Dibawah adalan keratan akhbar Sinar Harian

Setuju pindah apabila dapat hak

( SINAR Edisi Selangor 16 Mac 2011)

RAWANG – Sebanyak 41 pengusaha bengkel dan kilang terlibat pemindahan berikutan projek naik taraf Jalan FT 3209 sepanjang Jalan Kampung Sungai Dua ke Tol Rawang dan Jalan Tasik Puteri, di sini, mengadakan demonstrasi secara aman, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kilang-kilang FT 3209, A Balakrishnan, 41, berkata, tindakan berkenaan bagi menyuarakan hasrat pengusaha terlibat untuk mendapatkan pampasan susulan arahan perpindahan diterima mereka.

“Sejak notis pertama pada 23 November 2010 arahan perpindahan kepada kami dikeluarkan, kita telah mengadakan beberapa perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei yang berusaha supaya kami diberikan pampasan.

“Dalam perbincangan itu mereka bersetuju sekiranya premis dirobohkan, pampasan akan dibayar. Malangnya pada 10 Mac lalu, kita dimaklumkan pihak berkenaan tidak mahu bayar satu sen pun, menyebabkan kami tidak berpuas hati,” katanya semasa mengadakan demonstrasi berkenaan di tapak premis mereka berhampiran tapak projek naik taraf jalan hendak dilaksanakan, kira-kira 50 meter dari simpang Tol Rawang, Jalan Rawang-Tasik Puteri di sini.

Menurutnya, sebahagian daripada premis pengusaha terlibat sudah dirobohkan, manakala notis terakhir arahan supaya berpindah ialah semalam.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by PBJ on March 17, 2011 at 10:11 am

    Boleh saya tahu sama ada pemilik kilang2 dan kedai2 tersebut mempunyai geran tanah atau diduduki secara haram?

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on March 18, 2011 at 2:03 am

      Sebenarnya T.O.L mereka telah tamat pada tahun 1997 tetapi atas dasar kemanusian, pihak pejabat tanah dan pihak saya dengan inisiatif jawatankuasa bertindak telah mendapatkan tapak untuk menempatkan mereka.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: