Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma DUN Rawang

Kenyataan Media

19 Mac 2011

Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma DUN Rawang

Pusat Khidmat ADUN Rawang akan mengadakan Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma sempena Sambutan Hari Wanita Dunia Ke-100. Tujuan utama program tersebut untuk mengenang jasa wanita di arus pembangunan Rawang. Di samping itu, Penganjur menggalakkan penyertaan aktif daripada wanita di kawasan tersebut dengan memberikan peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang bermakna dalam komuniti ini.

Perkhidmatan Pemeriksaan Pap Smear Percuma sebenarnya dirancang pada 20 Mac, tetapi pihak agensi yang bertanggungjawab tidak dapat hadir pada hari tersebut, oleh itu, kami terpaksa bertukar kepada 3April 2011 ( Ahad).

Dari aspek kanser secara umumnya, kanser serviks ialah kanser ketiga paling ketara dalam wanita selepas barah buah dada dan kanser kolon..Di Malaysia, 12.2 daripada setiap 100,000 populasi wanita didiagnos menghidap kanser serviks. Menurut laporan WHO pada 2007, lebih daripada 700 wanita Malaysia mati kerana kanser serviks setiap tahun.

 

Perkhidmatan pemeriksaan Pap Smear adalah aktiviti penting dalam pencegahan program kanser pangkal rahim di peringkat awal. Jika dapat dikesan lebih awal, kanser serviks boleh dirawat. Ia juga boleh menentukan jenis kanser servik di kalangan wanita dalam lingkungan umur 20-65 tahun. Walau bagaimanapun, kini masih kurang daripada 50% wanita yang mengadakan pemeriksaan pap smear, kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan tersebut.

Oleh hal yang demikian, Pusat Khidmat ADUN Rawang menganjur program tersebut dengan berharap wanita di Rawang terutamanya kepada Ibu Tunggal and Wanita berumur 40 – 60 tahun yang telah berkahwin tetapi tidak pernah mengalami perkhidmatan tersebut berpeluang menjalankan pemeriksaan kesihatan tersebut.

Detail program seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2011 ( Ahad )

Masa: Jam 11 pagi

Tempat : Pusat Khidmat ADUN Rawang YB Gan Pei Nei

Oleh sebab bilangan terhad, kepada sesiapa yang berminat sila membuat pendaftaran di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Rawang YB Gan Pei Nei.  Sebarang pertanyaan, sila hubungi Givitha: 03- 60937033.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: