Kereta saya dipecah, ‘Lap Top’ dicuri.

Pada 23 Mac 2010, lebih kurang jam 2300 malam, saya mendapati kereta saya telah dipecah dan beg laptop saya telah dicuri berdekatan pejabat saya iaitu Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Rawang.

Kejadian ini berlaku semasa saya menjamu selera bersama kawan setelah menamatkan khidmat masyarakat serta perjumpaan rakyat pada setiap Hari Rabu. Sebelum menjamu selera, saya meletakkan beg pejabat saya yang begitu berat itu ke dalam kereta dahulu, dan terus menerajui mamak stall di sebelah bawah pejabat saya.

Apabila saya sampai ke kereta setelah 20 min kemudian, saya mendapati cermin tingkap sebelah kanan kereta telah pecah dan beg pejabat saya telah hilang. Dalam beg laptop saya selain lap top, juga terdapat wang tunai lebih kurang RM 4000, Buku Peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, Buku Undang-undang Pertubuhan Negeri Selangor dan passport antarabangsa.

Lebih merumitkan saya ialah keesokan harinya, saya akan bertolak ke luar negeri untuk menyertai satu Forum antarabangsa, kehilangan passport menyebabkan saya terpaksa memperbaharui passport dengan mengambil masa yang lama. Wang tunai RM 4,000 adalah elaun yang perlu diberi kepada kerja serakan pejabat saya sebelum bertolak ke luar negeri. Yang lebih menyedihkannya ialah kehilangan dokumen-dokumen yang tersimpan dalam lap top.

Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Rawang pada malam kejadian tersebut. Perkara ini bukan hanya berlaku kepada saya sahaja, banyak warga Rawang juga menemui kes-kes kecurian, rompakan yang lebih teruk daripada saya.

Oleh itu, saya akan menyeru polis menjalankan perantauan dengan rajin dan kerap. Selain itu, pondok polis mesti diadakan di kawasan yang sibuk dengan pemantauan sekurang-kurangnya 2 orang polis. Saya juag berharap projek pemasangan CCTV di Selangor yang dirancangkan oleh kerajaan negeri Selangor akan dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: