Program Ramah Mesra Wanita dan Penyerahan sumbangan kepada golongan ibu tunggal

Pejabat Khidamt Masyarakat ADUN Rawang YB Gan Pei Nei telah mengadakan Program Ramah Mesra Wanita dan Penyerahan sumbangan kepada golongan ibu tunggal bagi membantu keluarga ibu tunggal sempena Hari Wanita Sedunia ke-100.

Penyerahan sumbangan bermula pada jam 2.30 petang di Dewan Orang Ramai Taman Jati. Seramai 80 orang ibu tunggal telah menerima sumbangan barang-barang keperluan harian seperti beras, minyak masak, milo dan lain-lain. Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang dan YB Gan Pei Nei ADUN Rawang.

sumbangan barang keperluan

Dalam ucapan YB William dan YB Gan, kedua-dua pemimpin menegaskan bahawa sebelum Kerajaaan Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan daripada Barisan Nasional di Selangor, bilangan ibu tunggal yang berdaftar di Selangor adalah sebanyak 1,500 sahaja. Namun, apabila kerajaan Negeri Selangor melaksanakan pendaftaran ibu tunggal secara online melalui portal ibu tunggal Selangor (http://e-bu.selangor.gov.my), sekarang ini sudah mencecah 26,000 ibu tunggal yang mendaftar. Mereka percaya jumlah yang masih belum mendaftar adalah lebih besar lagi termasuk DUN Rawang.

Saya memberi Ucapan

William Leong memberi ucapan

YB Gan berkata, beliau mempunyai satu harapan iaitu sebuah persatuan ibu tunggal dan pusat komuniti dapat ditubuhkan di Rawang.  Dengan adanya pertubuhan serta pusat komuniti, ia akan mewujudkan satu pusat sokongan untuk ibu tunggal. Program atau kursus kemahiran juga dapat diadakan dengan bantuan pihak kerajaan negeri.

Di samping itu, beliau juga bercadang supaya kerajaan negeri Selangor boleh menyediakan satu buku panduan khusus untuk ibu tunggal membuat rujukan bagi mendapat apa saja bantuan semasa mereka menghadapi masalah dari segi fizikal dan mental.

Penyerahan sumbangan hanya merupakan satu usaha untuk membantu gologan yang memerlukan sokongan dan bantuan. Sumbangan yang diberikan diharapkan dapat meringankan golongan ibu tunggal. Apa yang lebih penting ialah wanita harus diberi daya supaya kita boleh berdikari, boleh aktif bergerak ke sana ke sini and bangun dengan bermaruah tinggi.

lebih kurang 80 orang ibu tunggal menghadiri program ini.

Penyerahan sumbangan

Penyerahan sumbangan

kegiatan mewarna disediakan kepada kanak-kanak semasa program dijalankan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: