Wanita PKR lancar Kempen Tolak Politik Kotor

Wanita PKR lancar kempen tolak politik kotor

KUALA LUMPUR – Wanita PKR melancarkan ‘Kempen Tolak Politik Durjana’ sebagai menolak politik kotor berhubung skandal video seks melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, dakwaan terhadap Anwar Ibrahim petanda permulaan kepada krisis kehancuran politik negara di masa hadapan.

Justeru itu, beliau berharap lebih ramai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya wanita untuk bersama-sama memberi sokongan dan menyokong usaha terbabit kerana ia juga memberi impak menghina imej wanita di negara ini.

”Wanita PKR tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor sebegini. Setiap pelosok di negara ini akan dimasuki, agar pendedahan strategi kotor dapat disebarkan dan rakyat dapat menilai sendiri,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang turut disertai sekumpulan wanita membawa sepanduk sebagai tanda sokongan terhadap kempen tersebut.

Menurut Zuraida, skandal video seks itu sengaja mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu kenaikan harga barang dan juga Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kerajaan seharusnya mengelak daripada terlibat dengan politik kotor dan menumpukan usaha membantu mencari jalan penyelesaian krisis peningkatan harga barang yang terus membebankan rakyat,” katanya.

Skandal video seks yang didakwa melibatkan individu tertinggi pembangkang itu ditayangkan kepada media Isnin lalu di Carcosa Seri Negara. Susulan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dirinya adalah individu terbabit dan membuat laporan polis.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: