Program Saya di SRA Ibnu Khaldun

Gambar Bersama Guru Besar,YDP & AJK PIBG serta Pasukan PKM DUN Rwg
Pagi ini, saya telah mengahadiri Karnival Keusahawanan yang dianjurkan oleh PIBG Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun,Kg.Kenanga, Rawang.Karnival ini bertujuan untuk menjana dana bagi membina surau baru yang telah usang dan sempit ruangnya disebabkan bilangan pelajar yang mencecah 1,300 orang.Kos pembinaan surau dijangka sebanyak RM300,000.
Tahun ini merupakan kali ke-2 karnival ini diadakan dan sambutan daripada ibu bapa begitu menggalakkan.Guru-guru nampak begitu seronok menjual makanan dan barangan di gerai-gerai yang dibuka.
Lawatan ke gerai-gerai yg diusahakan oleh guru-guru

Pemberian Hadiah Cabutan Bertuah

Dalam ucapan perasmian saya, saya telah menerangkan Kerajaan PR Negeri Sel amat menitik beratkan bidang pendidikan dan modal insan kerana tempat inilah yang akan melahirkan generasi akan datang yang akan menerajui pembangunan negeri dan negara kita. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah menaikkan gaji guru KAFA sebanyak RM500 pada tahun lepas dan RM300 pada tahun ini. Selain itu, kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM6juta kepada sekolah agama rakyat (SAR) di negeri Selangor.Tuisyen rakyat percuma diadakan sejak tahun 2008 untuk pelajar SPM daripada keluarga yang kurang mampu.
Akhirnya, saya memperuntukkan RM2000 kepada pihak sekolah dan hamper untuk cabutan bertuah. Saya juga menyeru kepada semua pihak untuk meneruskan semangat kerjasama dan muafakat ini bagi menjayakan sebarang program yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Saya juga berjanji akan membantu pihak sekolah mendapatkan peruntukan tambahan daripda pihak EXCO dan MB.

Pemberian sumbangan RM2000

Advertisements

One response to this post.

  1. Posted by Krishna Subramaniam on April 2, 2011 at 10:48 am

    Good work. Should have more of this “modal insan” thingy but for Rawangian in general.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: