Keengganan MCA serahkan dewan,punca kelambatan pemprosesan Geran Tanah Taman Desa Kuala Garing, Rawang

(Rawang 11 April) YB Gan Pei Nei, ADUN Rawang menjelaskan bahawa isu 135 buah rumah geran tahah di Desa Kuala Garing sekarang dalam pemprosesan.

Dalam mesyuarat EXCO negeri Selangor telah meluluskan hak milik tanah 135 buah rumah tersebut tetapi dengan syarat Dewan MCA dalam pelan mesti ditukarkan kepada dewan orang ramai. MCA telah mengisukan surat guaman kepada Majlis Perbandaran Selayang dan enggan serahkan Dewan MCA untuk Dewan Orang Ramai.Hal ini menyebabkan pemprosesan geran tanah terpaksa ditangguhkan.

Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Negeri Selangor pada Mac 2008, kesemua dewan orang ramai di atas kawasan lapang dan tanah-tanah milik kerajaan mesti diserahkan kepada Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.

Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan kemudian akan menyerahkannya semula kepada pihak-pihak yang boleh menguruskannya dengan adil. Iaitu pihak yang dapat memberi peluang kepada semua rakyat untuk menggunakan dewan-dewan tersebut.

Setelah MPS mengeluarkan notis untuk ambilalih dewan tersebut, MCA telah mengeluarkan surat guaman membalas bahawa mereka mempunyai hak milik tanah serta kontrak bersama Lafarge. Keadaan ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menangguhkan penyerahan geran tanah kepada 135 pemilik tanah sehinggan isu pengambil alihan dewan ini selesai.

“Saya dan pihak Lafrage bersetuju untuk memproses geran tanah untuk 135 rumah dahulu dalam satu mesyuarat yang diadakan pada bulan lepas”, jelas YB Gan.YB Gan juga mengarahkan pihak Pejabat Tanah Gombak untuk mempercepatkan pemprosesan geran tanah untuk 135 pemilik rumah.

“Sekiranya MCA betul-betul menjaga kepentingan awam,mereka patut serahkan dewan tersebut kepada MPS untuk kegunaan awam memandangkan kawasan Kuala Garing memang kekurangan dewan.Dengan ini,semua pihak boleh menggunakan dewan tersebut untuk aktiviti komuniti tanpa mengira latar belakang politik”

In the news

Sinar Harian: MCA didakwa punca kelewatan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: