Hasrat penduduk Kampung Sungai Bakau akan tercapai

Lebih kurang 200 buah rumah di Kampung Sungai Bakau akan mendapat Geran Tanah mereka dalam 4 bulan yang akan datang.

Semasa saya menjadi ADUN Rawan pada Mac 2008, saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah hak milik tanah penduduk di Kampung Sg Bakau.

Penduduk memberitahu saya bahawa sepanjang 20 tahun yang lalu BN sentiasa membuat janji kosong dengan memberi geran tahan semasa pilihanraya. Saya juga mendapati kebanyakan rumah berada di bawah tanah rezab jalanraya dan longkang.

Oleh sebab geran tanah untuk 200 buah rumah menghadapi banyak masalah, saya terpaksa menggunakan masa yang sangat panjang berbincang dengan pegawai Pejabat Tanah Daearah Gombak untuk mencari penyelesaian.

Pada awal bulan April, pegawai telah pergi ke setiap rumah untuk membuat banjian dan laporan akan dilengkapkan pada akhir bulan. Selepas laporan siap,ia akan dihantar ke Mesyuarat EXCO Negeri Selangor mendapat kelulusan.

Saya amat berharap penghuni akan mendapat geran tanah yang telah mereka menunggu lebih daripada 20 tahun pada tahun ini. Hasrat mereka mesti tercapai !

In the news:

Sinar Harian :

Isu geran bertambah rumit

Masalah geran masih tertangguh

Star:

Task force formed to help villagers

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: