Boleh semak status tanah di Kampung Sg Bakau

Sinar Harian

RAWANG – Lebih 15 tahun menunggu, sebahagian daripada 600 penduduk Kampung Sungai Bakau, di sini sudah pun dibantu Kerajaan Negeri (PR) untuk mendapat geran tanah.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang berkata, Pejabat Tanah Gombak sehingga kini sudah mengumpulkan nama pemilik lot berjumlah lebih 200 orang masih belum memiliki dokumen itu.

“Sejak 18 hingga 22 April (semalam), kita sudah membuka kaunter di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Bakau di Jalan SJ 2 untuk penduduk.

“Sehingga kini nampaknya lebih 70 peratus daripada pemilik datang membuat semakan dan pendaftaran lot tanah mereka. Kita akan lihat keperluan membuka kaunter ini lagi,” katanya.

Chu Sang berkata demikian dalam majlis penyerahan geran tanah kepada pemilik terlibat di Kampung Sungai Bakau oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei, di Dewan JKKK Sungai Bakau.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi JKKK Kampung Sungai Bakau, Cha Wan Poh dan wakil kakitangan Pejabat Tanah Gombak.

“Selepas ini, penduduk boleh juga membuat semakan tanah di Pejabat Tanah Gombak ataupun di Pejabat ADUN Rawang di Taman Jati. Jika tidak, proses untuk mengeluarkan geran ini mungkin mengambil masa.

“Selain itu, bagi penduduk yang tiada geran, tetapi sudah lama mendirikan rumah di Sungai Bakau juga boleh memohon,” katanya.

Difahamkan, antara isu timbul di Sungai Bakau apabila tanah diduduki sekian lama, tidak mendapat geran tanah sehingga mendatangkan kesulitan penduduk selain menyebabkan isu pertindihan tanah.

Bagaimanapun, Pei Nei berkata, ukuran tanah penduduk dihuni tiga bangsa Melayu, Cina dan India yang anggaran jumlah sama banyak itu, kini sudah pun diselesaikan Pejabat Tanah.

“Usaha pemberian geran ini adalah polisi Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu geran tanah masih tertangguh terutama yang sudah melebihi 10 tahun ke atas.

“Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses mengemas kini data berkaitan lot tanah bagi memudahkan urusan pentadbiran Pejabat Tanah. Proses ini telus dan sesiapa pun boleh datang membuat semakan,” tegasnya.

Menurut Pei Nei, pihaknya turut akan memberikan tumpuan bagi memastikan infrastruktur seperti jalan dan perparitan di kampung itu lebih sempurna. :

Katanya, ini berikutan pembinaan struktur rumah tidak dapat dipastikan kedudukannya berikutan ketiadaan geran, menyebabkan ada penduduk membinanya di atas rizab longkang dan jalan.

“Pejabat Tanah Gombak akan lengkapkan laporan khas berhubung perkara ini supaya ia dapat dibawa ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diluluskan.

“Mungkin kerja-kerja dapat dimulakan Jun nanti,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: