Tubuh suruhanjaya khas selesai isu CAR TNB

Sinar Harian 8 Mei 2011

RAWANG – Kerajaan Selangor dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang mahu suruhanjaya khas ditubuhkan bagi menyelesaikan isu Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Sungai Terentang, di sini.

Isu berkenaan masih tertangguh hingga kini berikutan tiada kata putus sama ada projek akan melalui jajaran TNB sedia ada melalui kampung itu atau laluan alternatif di Kawasan Perindustrian Rawang Perdana.

ADUN Rawang, Gan Pei Nei berkata, bagaimanapun melalui suruhanjaya khas yang akan ditubuhkan tidak lama lagi, isu timbul diharap dapat diselesaikan segera.

“Sepanjang tiga tahun lalu, kita sudah menggunakan pelbagai cara menyelesaikan isu ini dan ramai tampil termasuk satu konsultan dari Australia yang mahu membantu membuat kajian.

“Tetapi di saat akhir, konsultan itu memaklumkan tidak dapat bantu kerana menerima tekanan politik daripada pihak tertentu bahawa tidak boleh bantu pembangkang walaupun di Selangor kita pimpin Kerajaan Negeri,” katanya.

Pei Nei berkata demikian pada sidang media bagi memberikan penjelasan berhubung isu Projek CAR Sungai Terentang, di Pejabat ADUN Rawang, di sini, semalam.

Justeru menurutnya, pihaknya berharap tidak kira konsultan dari dalam atau luar negara dialu-alukan membantu membuat kajian laluan jajaran CAR terbaik dari dua pilihan yang ada itu.

“Kita khuatir banyak tekanan politik bagi konsultan tempatan untuk membantu Kerajaan Negeri atau penduduk dalam kes ini. Sebab itu kita turut tawarkan kepada konsultan luar negeri.

“Kita harap konsultan tampil nanti berani menghadapi kes ini dan Kerajaan Negeri akan bayar kos terlibat. Konsultan berminat boleh menghubungi saya di talian 0193234112 atau email di peinei81@gmail.com,” katanya.

Katanya, konsultan diharap dapat menawarkan diri dalam masa sebulan dari sekarang itu juga boleh menghubungi Setiausaha Jawatankuasa Anti Kabel Kuasa Tinggi Sungai Terentang di talian 0173623698.

Pei Nei berkata, selain di akhbar tempatan, pihaknya juga telah mengiklankan pencarian konsultan terbabit di media dan laman web alternatif.

Terdahulu, menurut Pei Nei, beliau berharap jawatankuasa khas ditubuhkan nanti dianggotai sama wakil Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerana ia berkaitan polisi dan dasar negara dalam membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk.

“Berada dalam satu suruhanjaya khas ini nanti adalah peluang terbaik kepada Kerajaan Persekutuan untuk menunjukkan bahawa mereka sanggup bekerjasama dengan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Tegas Pei Nei, pihaknya tidak menghalang projek tersebut daripada diteruskan, tetapi mahu memastikan kesihatan dan keselamatan penduduk sekitar di 51 rumah asal terlibat.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Krishna on May 9, 2011 at 5:05 am

    Hi there what time of consultant that you are looking for ?

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on May 13, 2011 at 12:53 am

      I am looking for consultant or engineer who is specialize in power electric.

      Reply

      • Boss I have contacted one power engineer . Let me know how we can take it from here . Need all relevant documents . Can you pass it to me ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: