Penyerahan Sumbangan serta Menyambut Hari Ibu bersama penduduk Flat Sri Bayu Rawang.

Satu Majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga berpendapatan rendah telah diadakan pada 8 Mei 2011 di Flat Sri Bayu Rawang. Majlis ini dianjur oleh Ahli Parlimen Selayang dengan kerjasama ADUN Rawang serta JKP Taman Tun Desa.

Ahli Parlimen Selayang YB William Leong, ADUN Rawang YB Gan Pei Nei, Ahli Majlis MPS Zon 19 Tuan Mohd Sabri Bin Mohd Taib telah menghadiri Majlis sumbagan ini dan dianggarkan seramai 80 orang penduduk turu hadir memeriahkan majlis tersebut.

Ahli Majlis Selayang Zon 19,Tuan Mohd Sabri Bin Mohd Taib menyampaikan sumbangan kepada penduduk

Seramai 50 keluarga berpendapatan rendah dan miskin telah menerima sumbagan dan disampaikan oleh Ahli Majlis Selayang Zon 19,Tuan Mohd Sabri Bin Mohd Taib. Semua sumbangan seperti beras dan keperluan dapur adalah daripada Kerajaan Negeri Selangor.

YB William dalam ucapannya menegaskan bahawa walaupun negara kita teleh diperintah lebih 50 tahun oleh Barisan Nasional, tetapi masih mempunyai rakyat bawah kadar kemiskinan. Beliau juga menyeru rakyat harus mengelakkan sebarang politik perkauman Barisan Nasional.

Manakala, YB Gan Pei Nei di dalam ucapan menyatakan sejak Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor pada Mac 2008, satu usaha besar telah memanfaat rakyat ialah melaksanakan Agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”. Gan menyeru penduduk boleh membuat pendaftaran Usia Warga Emas, Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Bantuan Dana Peniaga Kecil, pendaftaran ibu tunggal dan Skim Kesihatan Wanita Mammogram Selangor di pejabat beliau.

YB Gan Pei Nei maraikan Hari Ibu bersama ibu-ibu Flat Sri Bayu Rawang

Oleh sebab 8 Mei 2011 adalah Hari Ibu, selain program penyerahan sumbangan, satu majlis sambutan Hari Ibu juga diadakan oleh YB Gan Pei Nei bersama wanita di Flat Sri Bayu Rawang. “Sumbangan dan pengorbanan ibu amat besar dan tidak boleh dinilai dengan wang. Peranan ibu kini bukan sahaja bersusah payah memelihara, membesar dan mendidik anak mereka, malah juga penat mencari rezeki untuk sekeluarga.” kata beliau.

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Mohd Shafie Taslim on May 10, 2011 at 7:07 am

    Terimakasih kerana YB amat prihatin dengan masalah penduduk2 di flat Taman Desa Sri Bayu dan dapat bersama2 kami dlm majlis tersebut. Majlis seumpama ini perlu diperbanyakkan bagi membantu meringankan beban mereka dan membuktikan bahawa Selangor yang diperintah oleh Kerjaan Pakatan Rakyat adalah sebuah Negeri Berkebajikan.
    Selain itu perlu diperhebatkan program penerangan mengenai skim2 dan usaha2 yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri utk rakyat Negeri Selangor khususnya. Kita perlu gunakan jentera parti semaksima mungkin dan kerjasama Pakatan Rakyat adalah dituntut sekarang ini memandangkan PRU13 boleh berlaku bila2 masa shj.
    Bagi memperkuatkan jentera penerangan atau jentera parti utk berkempen waktu ini kita perlu memperbanyakkan agen2 berkempen. Selain jentera parti… kita boleh gunakan JKP, JKKK yang dilantik melalui kuasa parti dan kerajaan negeri.. AJK Surau dan AJK Masjid dan NGO2 yang memihak pd PR.
    Sudah sampai masanya YB perlu memanggil parti2 Pakatan Rakyat, JKP, JKKK dan sebagainya dan menyusun jentera Pilihan Raya. Kesemua jentera parti perlu dimantapkan dgn ilmu2 pilihanraya. Setiap kerja dan tugas yang dilakukan perlu ada perancangan awal dan strategi bg memastikan setiap gerak kerja mendatangkan hasil yg baik.

    Reply

  2. Good deed! Please teach the ibu tunggal on how to fish. Maybe you can engage sai baba center rawang and Dhhra Malaysia. If you need assistance let us know .

    Krishna

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: