Bantuan pendidikan lebih RM 6 Juta untuk SAR, SJKC dan SKJT

Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengadakan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Pembangunan Pendidikan Fasa Pertama 2011 sebanyak lebih RM 6 juta untuk tiga kategori sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Selangor.

Majlis penyampaian ini diserahkan melalui Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dan penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat di kesemua 56 DUN Selangor untuk diserahkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat di DUN masing-masing.

YB Dr Hajah Halimah Ali menyarankan supaya ADUN-ADUN dan Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyampaikan maklumat berkenaan peruntukan ini kepada sekolah-sekolah dalam DUN masing-masing dan membantu urusan permohonan ini.

Pihak ADUN dan Pusat Khidmat juga diminta untuk memantau sekolah-sekolah yang menerima bantuan pembangunan pendidikan daripada Kerajaan Negeri.

Bagi tahun 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pendidikan sebanyak RM 16 juta untuk SAR (RM 6 juta), SJKC (RM 6 juta) dan SJKT (RM 4 juta).

Keseluruhan peruntukan bagi bantuan pembangunan pendidikan fasa pertama melibatkan SAR, SJKC dan SJKT adalah sebanyak RM 6,652,786.00.

Sekolah Agama Rakyat yang menerima peruntukan Fasa Pertama 2011 adalah sebanyak 121 buah sekolah, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak 75 buah sekolah dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil pula sebanyak 97 buah sekolah.

Permohonan Bantuan Pembangunan Pendidikan bagi Fasa Kedua pula akan dibuka bermula 10 Jun 2011 manakala tarikh tutup permohonan pada 11 Julai 2011. Borang boleh didapati samada melalui portal selangor http://www.selangor.gov.my/main.php ; Pejabat ADUN ; Pusat Khidmat Masyarakat atau Unit Pendidikan di talian 03-55212283.

YB DR HAJAH HALIMAH ALI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan,
Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: