Bimbang runtuhan berulang

Sinar Harian
Bimbang runtuhan berulang

RAWANG – Keadaan cerun runtuh di Kilometer 13 Jalan Ipoh-Rawang berdekatan Templer Hills, di sini, yang belum dibaiki sejak kejadian tanah runtuh hujung 2009 lalu menimbulkan kebimbangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata, bekas tanah runtuh di cerun setinggi kira-kira 30 meter yang hampir meragut nyawa orang awam sebelum ini hanya ditutup dengan plastik kanvas.

“Pihak saya menerima banyak aduan penduduk mengadu bimbang keadaan plastik penutup itu yang sudah uzur dan ada yang terkoyak. Selepas kejadian runtuhan itu, kita ada membuat susulan untuk mengetahui tindakan seterusnya akan diambil pihak berkenaan.

“Ini termasuk menyediakan sistem saluran dan perparitan di cerun terbabit. Malangnya, hingga kini pihak saya masih belum mendapat laporan runtuhan itu,” katanya pada sidang media, di pejabatnya, di sini.

Dalam pada itu Pei Nei berkata, pihaknya dimaklumkan oleh agensi berkaitan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) belum ada peruntukan untuk membaiki bekas tebing runtuh berkenaan.

Menurutnya, JKR Gombak juga memaklumkan sudah memanjangkan isu terbabit kepada JKR Pusat dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan segera.

“Kita sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu ini dan jawapan diterima masih ‘tiada peruntukan’, sedangkan penduduk berhampiran sudah banyak menyatakan kebimbangan.

“Jadi kita harap kawasan itu dipantau JKR, manakala Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) dapat memberikan laporan tanah, kerana pihak berkuasa tempatan hanya boleh memantau,” katanya kepada Sinar Harian.

Pei Nei berkata, laluan terbabit menghubungkan kawasan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi antara Selayang, Rawang dan Kuala Lumpur.

Terdahulu katanya, semasa kejadian runtuhan sebelum ini yang berlaku awal pagi itu, seorang pemandu lori terselamat kerana sebaik melepasi laluan terbabit cerun terbabit tiba-tiba runtuh.

“Kita tidak mahu tragedi itu berulang lagi sehingga boleh meragut nyawa,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: