Konvensyen Pilihanraya KEADILAN – DEMI RAKYAT

Konvensyen pendekatan baru hadapi pilihan raya – Nik Nazmi

DEMI RAKYAT

SHAH ALAM: Konvensyen Pilihan raya KEADILAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam merupakan satu pendekatan baru bagi menghadapi pilihan raya.

Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad, penganjuran konvensyen yang julung-julung kali diadakan itu, juga merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Katanya, ia belum pernah dianjurkan oleh mana-mana parti politik di negara ini- kecuali di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.

“Konvensyen ini merupakan satu perkara baru dalam politik negara. Walaupun hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sahaja yang tahu tarikh sebenar pilihanraya, namun kita telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya diadakan dalam waktu terdekat.

“Konvesyen ini juga bertujuan untuk memberi isyarat kepada UMNO-BN bahawa KEADILAN sentiasa bersedia menghadapi Pilihanraya Umum,” kata Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Selangor.

Tambah beliau lagi, konvesyen tersetbu juga bukan merupakan program politik tipikal yang hanya berorientasikan ceramah dan syarahan panjang seperti yang selalu diadakan.

Dengan panggunaan multimedia, dan agenda program yang dipersembahkan secara santai, ia membuka dimensi baru kepada budaya politik di negara ini.

“Oleh itu, Parti lawan perlu mengambil perhatian kerana semalam jelas terbukti menunjukkan dakwaan mereka UMNO-BN selama ini yang mengatakan KEADILAN lemah adalah tidak benar” kata beliau lagi.

Sambutan Meriah

Menurut Nik Nazmi, konvensyen berkenaan juga mendapat sambutan luar biasa apabila ia dihadiri hampir 5,000 peserta, dengan jangkaan kehadiran awal hanya sekitar 2,800 perwakilan.

“Walaupun tidak menyediakan makanan, namun perwakilan tetap bersemangat untuk melibatkan diri dalam konvesyen tersebut, Bahkan kami terpaksa membuka kaunter pendaftaran awal sejam iaitu pada pukul 11 pagi” ujarnya

Seramai hampir 5,000 perwakilan KEADILAN dari seluruh negara menghadiri konvensyen ini termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain mendengar ucapan dan amanat pimpinan, mereka turut dipertontonkan dengan tayangan video mengenai persiapan jentera KEADILAN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by mohd nizam bin takachih on June 20, 2011 at 8:38 am

    YB Gan Pei Nei,

    Saya adalah salah seorang warga Rawang ingin menyuarakan rasa prihatin dan kurang senang atas keadaan kon-kon yang diletakkan di sepanjang jalan semasa “Tidal Flow” dilakukan di sepanjang Jalan Rawang.
    Keadaan kon:
    1) Sudah kelabu
    2) Sering dilanggar oleh kenderaan berat
    3) Sukar dilihat pada waktu malam
    4) Sering terbalik kerana terlalu ringan
    5) Tiada pemantul cahaya
    6) Kon semakin berkurangan
    Cadangan :
    1) Tukar kon-kon tersebut dengan yang baru.
    2) Letakkan pemberat pada tapak kon agar sukar tumbang.
    3) Perbanyakkkan kon.
    4) perlu ditampal dgn garisan pembalik cahaya pada kon agar mudah dilihat.

    terima kasih atas kesudian membaca komen dari saya.
    kerjasama YB amatlah dihargai.

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on June 21, 2011 at 12:34 pm

      Salam Sdra Mohd Nizam:
      Terima kasih atas cadangan saudara.Perkara ini telah saya bangkitkan dalam mesyuarat bersama Pengarah Bahagian Jalan JKR Sel dan JKR Gombak semalam kerana telah selama satu tahun kita jalankan “tidal flow” ini atas sumbangan menggunakan peruntukan saya, anggota MPS serta pegawai JKR Gombak.
      Pengarah Bahagian Jalan bersetuju dengan cadangan untuk penggantian kon dan segala keperluan yang berkaitan.Beliau sendiri juga akan turun padang dalam masa terdekat ini untuk selesaikan beberapa isu berkaitan jalan di Rawang.
      YB Gan

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: