Selangor sasar bajet RM1.5 bilion, RM700 juta untuk kebajikan

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16071

SUBANG JAYA: Kerajaan Selangor mensasar bajet RM1.5 bilion pada 2012 dan sebanyak RM700 juta dari jumlah itu akan digunakan untuk program kebajikan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika merasmikan Majlis Dialog Bajet Negeri Selangor di sebuah hotel di Subang Jaya hari ini.

Menurut Khalid, kerajaan negeri menekan manfaat jangka panjang untuk rakyat di mana peruntukan diagihkan dijadikan sebagai benih dana untuk mengalakkan rakyat berdikari dan membina asas ekonomi sendiri yang kukuh.

“Matlamat kami adalah untuk merapatkan jurang pendapatan yang nampaknya semakin membesar di Malaysia. Pembangunan untuk golongan yang berada mesti diteruskan, tetapi kami bertekad penuh untuk memastikan bahawa golongan miskin tidak terus terperangkap dalam lingkaran miskin,” katanya.

Ini adalah kali ketiga kerajaan Selangor mengadakan Dialog Bajet selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2008.

Selangor juga merupakan satu-satunya kerajaan negeri di Malaysia yang menganjurkan dialog sebegini yang disertai pihak industri, badan bukan kerajaan, pemimpin masyarakat dan pegawai kerajaan bertujuan merancang perbelanjaan negeri.

Khalid juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri berhasrat mengurangkan kadar untung kontraktor-kontraktor kerajaan dari 30 peratus kepada 7 peratus.

“Kami berbuat demikian untuk menjamin nilai yang lebih baik untuk rakyat dan menghapuskan amalan orang tengah yang mengakibatkan ketirisan yang serius dan merugikan rakyat,” ujar beliau.

Dalam ucaptamanya, beliau turut mengingatkan peserta dialog bahawa dasar kerajaan negeri berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban, amanah dan integriti.

Beliau juga menyatakan penghargaan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan prinsip-prinsip tersebut dalam menyempurnakan tugas mereka.

Dialog Bajet 2012 akan diteruskan di peringkat kerajaan tempatan supaya maklum balas dari semua lapisan masyarakat dapat diambil kira dalam perancangan pembelanjaan negeri.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: