Wanita KEADILAN gesa Hishamudin patuh titah Agong

PETALING JAYA: Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Zuraida Kamaruddin menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein untuk patuh pada titah baginda yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zuraida membuat kenyataan itu pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.

Ia dibuat berikutan Hishammuddin berterusan menggalakkan polis menekan dan menindas rakyat yang bersimpati dengan himpunan aman Bersih yang akan berlangsung 9 Julai ini.

“(Tindakan) Hishammuddin Hussein yang berterusan menggalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?

“Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini.

“Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia,” kata Zuraida.

Bercakap lebih lanjut, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersikap lepas tangan dan membiarkan sahaja menteri-menterinya bertindak sesuka hati dalam isu Bersih ini.

“Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan tidak berupaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya.

“Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau pak turut dan mangsa buli menteri bawahannya,” kata Zuraida.

Selain daripada itu, Zuraida juga menuntut agar semua mereka yang ditahan berkaitan Bersih dibebaskan dan barang-barang berkaitan Bersih yang dirampas dipulangkan agar tiada lagi sabotaj dilakukan terhadap Bersih.

“Selain dari lapan tuntunan Bersih sedia ada, kami menuntut agar Hishamudin membebaskan kesemua 194 tahanan termasuk 6 yang ditahan Ordinan Darurat.

“(Kami juga menuntut polis) mengembalikan kesemua barangan Bersih yang dirampas. Polis harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi,” kata Zuraida.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16757

berita lanjut : http://www.malaysiakini.com/news/169192

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: