Ucapan Usul tergempar BERSIH 2.0 pada sidang DUN

Saya menyokong usul yang dibawa oleh Sri Setia, Y.B Nik Nazmi:

Marilah kita bertafakul selamat 1 minit atas pemergian Allahyarham Baharuddin Ahmad yang telah meninggal dunia kerana terhidu gas pemedih mata dan dikejar oleh polis semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 pada 9hb Julai 2011. Beliau mengingatkan kita semua bahawa tuntutan untuk sistem pentadbiran negara yang adil dan saksama perlu diteruskan, demi masa depan negara kita.

Tuan Speaker dan ahli-ahli dewan yang mulia sekalian:

Ingin saya tegaskan di dewan yang mulia ini, bahawa hak berhimpun dan hak bersuara adalah hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Oleh itu, Himpunan Aman BERSIH 2.0 adalah satu manifestasi rakyat Malaysia untuk menggunakan hak kita bagi menyampaikan suara hati rakyat jelata yang inginkan satu sistem pilihan raya yang bersih dan saksama.

Namun, Menteri Dalam Negeri Hishamudin sendiri telah mengharamkan BERSIH 2.0 dan warna kuning beberapa minggu sebelum Himpunan Aman BERSIH 2.0 diadakan pada 9hb Julai 2011. Menteri Dalam Negeri mengumumkan permit untuk Himpunan BERSIH 2.0 tidak akan diluluskan sama sekali. Segala perkara yang berkaitan dengan kuning dilarang sama sekali.

Tangkapan demi tangkapan dilakukan terhadap mereka yang memiliki baju BERSIH dan memakai baju warna kuning. Malahan, 11 orang Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang memakai baju BERSIH semasa mesyuarat penuh majlis pada 29hb Jun telah dihadap ke Mahkamah Majistret Kajang, dan dijamin keluar.

Saya ingin bertanya kepada Menteri berkenaan, undang-undang manakah, dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan warna kuning? BN-UMNO seolah-olah kena “sakit kuning” dan begitu fobia dengan perkataan “BERSIH”.

Rawang juga mengecam kenyataan Y.B Bentong yang juga merupakan Menteri Kesihatan yang mengatakan tiada gas pemedih mata ataupun meriam air ditembak ke perkarangan Hospital Tong Shin walaupun banyak gambar dan video telah dikemukan oleh orang awam dalam laman web. Saya sendiri menyaksikan insiden ini berlaku, termasuk pihak polis yang memakai vest polis masuk ke kawasan dispensari hospital untuk menangkap orang. Mengikut Konvensi Geneva, tiada pihak yang boleh menyerang hospital dalam suasana perang. Tetapi pada 9hb Julai, dalam Himpunan Aman BERSIH 2.0, polis secara terang-terang menceroboh masuk Hospital Tong Shin. Polis juga bertindak dengan begitu ganas sekali dengan memukul mereka yang ditangkap, dan menembak gas pemedih mata serta meriam air tidak berhenti-henti terhadap rakyat biasa yang hanya berhimpun secara aman.

Saya berada di Hospital Tung Sin pada 709


Saya juga ingin menyangkal kenyataan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang menuduh BERSIH mempergunakan kanak-kanak dalam himpunan ini sedangkan pihak polis sendiri yang salah menangkap mereka yang kebetulan berlalu di siitu. Saya ingin menarik perhatian ahli dewan terhadap satu aduan yang diterima daripada seorang penduduk dari Shah Alam yang mana mereka ditangkap oleh polis bersama-sama 3 orang anak mereka yang berumur bawah 12 tahun, dengan tuduhan mereka hendak turut serta dalam Himpunan BERSIH. Yang menyedihkan, ketiga-tiga anak ini turut dibawa ke Balai Polis Jinjang, dan kemudian ke Pulapol untuk disiasat oleh Jabatan Kebajikan Masayarakat.

Semua ini menunjukkan bahawa BN-UMNO sudah hilang arah dan menggunakan segala cara untuk memomokkkan BERSIH dan tuntutan rakyat yang suci ini.
Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan negeri Selangor supaya menubuhkan satu Tabung Hak Asasi Manusia untuk membela mereka yang dizalimi oleh polis dan didakwa di mahkamah kerana BERSIH 2.0, dengan niat rakyat suci yang semata-mata melaksanakan hak mereka seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan negara kita, iaitu Hak Untuk Berhimpun dan Hak Untuk Bersuara.

Sekian, saya menyokong usul yang dikemukan oleh Y.B Sri Setia.

Gan Pei Nei
ADUN Rawang

( Teks ucapan telah disediakan dalam Sidang Dewan pada 12 Julai, tetapi tidak sempat mengucap kerana kesuntukan masa untuk berbahas keatas usul ini.)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: