takziah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Titiwangsa

Rest in Peace !

Saya berasa amat sedih dengan pemergian allahyarhamah Dr Lo’Lo Mohd Ghazali. Kami kehilangan seorang sahabat dan wanita yang tabah dihormati dalam pejuangan ini.

Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah.

Jenazah Dr Lo’Lo selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo’Lo Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada kira-kira pukul 11.10 pagi.

Solat Jenazah diadakan di Masjid Al Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi tadi dipimpin oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kira-kira 3,000 orang ramai mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Hadir sama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil juga dilihat hadir.

Dr Lo’ Lo’ menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi akibat barah paru-paru.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: