1,090 penduduk dibantu

Sinar Harian Memo Editor

RAWANG – Kira-kira 1,090 penduduk di daerah Gombak yang menghadapi kesukaran mendapatkan geran tanah berikutan tidak mampu membayar premium, bakal dibantu melalui Skim Pemilikan Kediaman Persendirian Kerajaan Negeri.

Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu Sang berkata, antara kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang berdepan dengan masalah kedaifan penduduk yang menyukarkan mereka mendapat geran adalah seperti di Kampung Sungai Bakau.

“Kebiasaannya selepas Borang 5A dikeluarkan, penduduk perlu bayar premium supaya Pejabat Tanah dapat keluarkan geran. Namun, ramai penduduk seperti di kampung tersebut tidak mampu untuk buat bayar penuh.

“Bagaimanapun, melalui skim pemilikan perumahan ini, penduduk perlu membayar RM1,000 sahaja untuk dapat geran atau mereka boleh pilih opsyen kedua, iaitu bayar premium dalam masa enam bulan selepas Borang 5A dikeluarkan dan mereka dapat diskaun 30 peratus,” katanya.

Chu Sang berkata demikian pada sidang media, Skim Pemilikan Kediaman Persendirian di bawah Kerajaan Negeri yang dimanfaatkan penduduk daerah Gombak di Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Taman Jati, di sini.

Hadir sama ADUN Rawang, Gan Pei Nei bersama pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) baru, Daerah Gombak.

Katanya, dalam masa terdekat tiga kampung baru dalam daerah Gombak yang bakal memanfaatkan skim itu ialah 500 penduduk di Kampung Baru Kundang, 290 penduduk di Kampung Sri Indah Sungai Buloh dan 300 penduduk di Kampung Sungai Bakau.

Sinar Harian sebelum ini pernah mengetengahkan masalah sekitar 10 peratus daripada 300 jumlah penduduk di Kampung Sungai Bakau yang masih belum mendapat geran disebabkan ketidakmampuan menjelaskan bayaran premium, selain menyebabkan pertindihan tanah di situ.

“Terima kasih kita ucapkan kepada Kerajaan Negeri kerana mewujudkan skim ini yang berkuat kuasa 1 Jun lalu.

“Sekarang kita yakin 100 peratus penduduk terutama golongan susah yang sudah menetap disesuatu kawasan lebih 15 tahun akan mendapat geran sepertimana hasrat Kerajaan Negeri,” katanya.

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Nurzitta on November 11, 2011 at 9:19 am

    Bapa saya telah lama membayar premium tanah tetapi masih tidak menerima geran bagi lot tanah di Kg Melayu Sri Kundang. Bagaimana prosedur untuk mendapatkan geran?

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on November 11, 2011 at 2:28 pm

      Salam,boleh pergi terus untuk semak di Bahagian Pendaftaran,Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.Boleh juga emel maklumat berkenaan kepada Pegawai YB William,Encik Chan Foo Chuen (foochuen919@gmail.com).

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: