BERSIH 2.0: Keterangan saksi untuk kes-kes keganasan polis pada 9 Julai

BERSIH 9 Julai 2011

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengumumkan bahawa pihak SUHAKAM akan menjalankan siasatan awam mengenai, antara lain, dakwaan penggunaan kekerasan melampau ketika Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

BERSIH 2.0 dan SUARAM sedang mengumpul kes dan bukti mengenai penggunaan kuasa melampau oleh polis daripada peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk siasatan awam SUHAKAM. Adalah penting untuk orang ramai memberitahu pengalaman mereka supaya ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa didedahkan.

Berikut merupakan kes-kes dan bukti yang kami sedang mengumpul:

1. Kes-kes keganasan polis

BERSIH 2.0 dan SUARAM menyeru kepada semua peserta Perhimpunan BERSIH 2.0 untuk memberi maklumat kepada kami sekiranya anda telah mengalami layanan berikut daripada pihak polis pada 9 Julai:

a) Penderaan fizikal (Contoh: Dipukul, ditendang, ditampar, dipukul menggunakan baton dan lain-lain)
b) Penderaan melalui kata-kata kesat
c) Ditangkap dan ditahan

Mangsa kekerasan polis boleh memberi maklumat kepada kami dengan mengisi borang yang dilampirkan.

Setelah borang tersebut dilengkapkan, hantar dalam emel kepada info@bersih.org dengan tajuk emel 9 Julai Kekerasan Polis atau faks kepada 03-7784 4978 sebelum 3 Ogos 2011.

2. Gambar-gambar dan video kekerasan polis

Pihak polis telah mendedahkan gambar-gambar yang dipilih dengan hati-hati untuk memburukkan Perhimpunan BERSIH 2.0. BERSIH 2.0 dan SUARAM juga sedang mengumpul bukti-bukti gambar dan video.

Kami sedang mengumpul gambar-gambar dan video kejadian-kejadian berikut:

a) Keadaan ketika kematian Arwah Baharuddin Ahmad
b) Penangkapan Muhammad Sabu
c) Serangan polis yang tidak berpatutan di terowong KL Sentral
d) Tangkapan dan layanan ganas oleh pegawai polis
e) Tembakan air asid dan gas pemedih mata ke dalam Hospital Tung Shin

Tolong hantar sebarang gambar dan video yang boleh dijadikan bukti kepada info@bersih.org sebelum 3 Ogos 2011.

Kami menghargai semua yang berkongsi maklumat yang kredibel dengan kita. Tolong sebarkan perkara ini kepada semua rakan-rakan dan ahli keluarga yang menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

Daripada Bersih 2.0 Sekretariat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: