Tragedi ribut ketika berbuka Puasa di Rawang Idaman

Tragedi ribut ketika berbuka
Sinar Harian 10 Ogos 2011

RAWANG – Penduduk Apartmen Rawang Idaman di sini dikejutkan dengan kejadian ribut disertai angin pusar dalam keghairahan umat Islam sibuk membuat persiapan berbuka puasa lewat petang kelmarin.

Pengerusi persatuan penduduknya yang juga saksi kejadian, Badlishah Bahari berkata, akibat kejadian itu bumbung dua daripada empat blok menempatkan 240 unit rumah dan 40 kedai di situ tercabut.

“Buat masa ini paling terjejas adalah penduduk tinggal di tingkat paling atas apabila bumbung tercabut. Blok A dan C antara mengalami kerosakan bumbung.

“Manakala blok D kebanyakan rumah penduduk yang terjejas adalah tingkap rumah, sementara blok B buat masa ini (pagi semalam) belum ada pemilik buat aduan, namun kita percaya sedikit sebanyak ia juga terima kesan,” katanya semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak, Azman Mat Zain, pihak Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta wakil setempat, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohd Yasir Idris, 35, berkata, rumahnya di tingkat paling atas apartmen lima tingkat itu, terjejas dengan air hujan masuk ke dalam rumah.

“Kita harap ia dapat dibaiki pihak pemaju memandangkan jika lambat boleh menjejaskan siling rumah tingkat atas dan menyulitkan kami,” katanya.

Difahamkan, apartmen menempatkan empat blok perumahan itu, terdapat 28 unit rumah di tingkat paling atas di setiap satu blok.

Sementara itu Pei Nei berkata, Apartmen Rawang Idaman dilindungi insurans, manakala kos pembaikan berkaitan akan menggunakan insurans tersebut.

Bagaimanapun katanya, sehingga semalam pihaknya hanya menerima enam laporan daripada pemilik rumah yang mengalami kerosakan.

“Kita minta mereka yang terjejas membuat laporan polis dan pergi ke pejabat pengurusan pemaju perumahan di sini. Dalam masa sama, pihak Pegawai Daerah Gombak akan menyegerakan proses bancian penduduk terjejas.

“Kita harap pemilik unit dapat tampil sendiri buat aduan untuk mudahkan proses agihan bantuan” katanya.

Azman berkata, pihaknya akan menyampaikan sumbangan kepada mangsa berdasarkan kerosakan.

Wakil pemaju ketika diminta mengulas anggaran kos ganti rugi kerosakan berkata, ia akan disiasat pegawai penilai dan ditentukan pihak insurans sebelum pembaikan dapat dilakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: