RM 5 Juta Naik Taraf Sungai Rajah

Projek Menaik Taraf Sungai Rajah akan bermula pada bulan Nov 2011

Satu lagi berita baik untuk Penduduk di Rawang.
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan bajet sebanyak RM5 juta untuk menaikkan taraf Sungai Rajah yang berhampiran Kampung Rajah, Pekan Rawang.

Semalam, saya bersama Jurutera JPS Gombak Ir Hj Md Fuad, Ketua Kg Lim Tan Tok Tham,Ketua kg Rajah Tok Lok dan Pegawai JKKK Gombak Chee Shu Sang mengadakan satu lawatan ke Kg Lim Tan Rawang untuk menjalan penyiasatan ke atas projek pembersihan Sungai Rajah.

Kontraktor akan dilantik pada bulan ini dan dijangka pada bulan Nov akan memulakan kerja pembinaan longkang konkrit, pembersihan dan sebagainya.

Saya juga berharap penduduk di sekitar akan menjaga kebersihan sungai setiap masa.

Jurutera JPS memberi penerangan tentang projek naik taraf sungai

Berita lanjut daripada Sinar Harian seperti bawah:

Sikap penduduk punca tercemar

RAWANG – Gara-gara sikap penduduk tidak bertanggungjawab membuang sampah ke dalam sungai, saliran Sungai Rajah berhampiran Kampung Rajah, Pekan Rawang, di sini menjadi ‘mangsa’ pencemaran.

Wakil penduduk di situ, M Nazim Murugan Abdullah, 44, berkata, pihaknya percaya penduduk yang tinggal di kawasan sekitar sendiri yang mengambil sikap sambil lewa membuang sampah ke dalam saluran dan anak sungai.

“Kita lihat sungai ini makin lama makin teruk dengan bungkusan sampah dalam plastik kian banyak. Sebagai penduduk, kita cadangkan supaya diletakkan perangkap sampah di sungai ini.

“Manakala perangkap sampah berkenaan perlulah diselenggarakan sekerap mungkin supaya tidak timbul masalah lain seperti sekatan air sungai,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan sungai di Kampung Rajah kini kelihatan tidak terurus selain warna air sungai terbabit sudah kehitaman.

Katanya, semasa hujan lebat, air yang naik sehingga setinggi separas laluan jambatan di Kampung Rajah dekat Jalan Waterfall di situ, dibimbangi boleh menjejaskan keselamatan pengguna berkenderaan yang lalu lalang.

“Kita juga dapat lihat terdapat bekas dan plastik sampah yang tersangkut pada anak pokok berhampiran jambatan di Jalan Waterfall berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Gombak, Ir Mohd Fuad Buang ketika mengulas aduan itu mengakui masalah timbul dan memaklumkan langkah menanganinya sedang dilakukan.

Katanya, selepas tawaran tender menaik taraf sungai terbabit ditutup pada 7 September ini, kira-kira dua bulan nanti kerja berkaitan pembinaan longkang konkrit, pembersihan dan sebagainya akan dimulakan kontraktor dilantik.

“Sepatutnya kerja menaik taraf sungai itu sudah dilakukan tetapi tertangguh sekitar 2007 apabila kontraktor ditamatkan kontrak terpaksa berdepan masalah berkaitan utiliti di kawasan itu sehingga (kos mengatasinya) melibatkan RM1 juta.

“Namun setelah projek ini dimulakan nanti, kita percaya segala masalah termasuk sampah di sungai berkenaan diatasi,” katanya.

Mengulas cadangan penduduk supaya diletakkan perangkap sampah bagi mengatasi pencemaran di sungai tersebut, menurut Mohd Fuad, ia tidak termasuk dalam cadangan kerja menaik taraf sungai terbabit.

Bagaimanapun menurutnya, pihaknya akan mengambil maklum cadangan mewujudkan perangkap sampah tersebut bagi projek akan datang di sungai berkenaan.

Difahamkan, kos terlibat bagi menyambung kerja menaik taraf Sungai Rajah adalah sekitar RM4 juta, melibatkan sungai sepanjang lebih satu kilometer.

Terdahulu, Mohd Fuad juga meminta supaya orang ramai bersama menjaga kebersihan alam sekitar termasuk tidak membuang sampah ke dalam sungai.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: