RM5 juta atasi banjir Rawang

Lawatan Ke Kg Sungai Rajah

sinar Harian

RAWANG – Sebanyak RM5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam usaha mengatasi masalah saliran sungai dan banjir terutama di kawasan Pekan Rawang dan sekitarnya yang akan dimulakan dua bulan lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei berkata, projek berkaitan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu fasa pertama membabitkan Pekan Rawang, manakala fasa kedua melibatkan naik taraf Sungai Rajah.

“Bagi kerja menaik taraf Sungai Rajah sahaja melibatkan kos diperuntukkan hampir RM4 juta untuk kerja seperti melebar dan mendalamkan sungai berkenaan di mana tender telah ditutup 7 September lalu.

“Manakala projek akan dimulakan dua bulan lagi melibatkan Sungai Rajah sepanjang dua kilometer dari Kampung Rajah ke kawasan laluan Komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) Rawang,” katanya semasa lawatan ke sungai berkenaan.

Hadir sama, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Gombak, Ir Mohd Fuad Buang; Ketua Kampung Lim Tan, Tham Kok Cheong dan Ketua Kampung Rajah, Lok Fook Ping.

Dalam pada itu, menurut Pei Nei kemungkinan fasa pertama di Pekan Rawang akan melibatkan peruntukan kira-kira RM1.5 juta itu pula akan dimulakan Mac nanti dengan lantikan konsultan baru.

“Projek di Pekan Rawang sebelum ini mengambil masa berikutan terlibat dengan kerja-kerja pengalihan kabel utiliti dan sebagainya menyebabkan kos berkaitan meningkat.

“Kita berharap dengan siapnya projek ini nanti, ia bukan sahaja mengurangkan isu banjir kilat setiap kali hujan lebat di Pekan Rawang, tetapi masalah hakisan dan sebagainya di Sungai Rajah yang terletak berhampiran,” katanya.

Menurut Pei Nei, usaha Kerajaan Negeri ini adalah sebahagian projek tebatan banjir di Pekan Rawang, berikutan air dari situ disalurkan ke Sungai Rajah.

Dalam pada itu, Mohd Fuad juga mengingatkan penduduk sekitar supaya bekerjasama menjaga kebersihan sungai dengan tidak menjadikan sungai sebagai tempat membuang sampah.

“Pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga boleh membantu menjaga kebersihan sungai ini dengan pengawalan sampah di peringkat saliran dari kawasan perumahan sebelum ia masuk ke sungai,” katanya.

Sementara itu, Kok Cheong pula berkata, tiada banjir buruk di kawasannya, namun menyambut baik usaha menaik taraf taraf sungai yang cetek sebelum musibah itu berlaku.

Fook Ping pula mengakui sungai termasuk di kawasannya sering dijadikan tempat pembuangan sampah segelintir penduduk, namun mengakui tidak dapat berbuat apa-apa berikutan isu tersebut disifatkan fenomena biasa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: