Program “Badar Fund Raising Dinner” Kuantan Pahang

Gambar bersama pemimpin Pakatan Rakyat

KUANTAN, 19 Sept – Program “Badar Fund Raising Dinner – An Evening With People Leader” di Restoran Sekilau Seafood, Jalan Hj.Ahmad dekat sini malam tadi telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan orang ramai. Antara tetamu kehormat yang dilihat hadir ialah YB Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS & Exco Kerajaan Negeri Kelantan), Tuan Hj Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia & Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), YB Datuk Mejar Aznizam Abd Rahman (Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri kelantan), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat), Razali Alias (Pengarah Telekomunikasi PKR Pahang), Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), YB Teo Kok Seong (ADUN Bahau), YB Gan Pei Nei (ADUN Rawang), Ustaz Nasrun Amir (Yang DiPertua PAS Indera Mahkota) dan Andansura Rabu (Pengerusi Lajnah Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang).

Majlis malam tadi adalah acara penutupan rogram “Clean Up The World 2011” yang telah bermula pada 17 dan 18 September 2011. Program yang diuruskan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia (LASPAS) itu telah berlangsung di Kampung Sungai Ular dan juga di Kampung Balok sebelum itu.

Pelbagai acara dan aktiviti telah disusun untuk menjayakan program selama dua hari tersebut. Program ini merupakan kempen alam sekitar komuniti sedunia yang bertujuan untuk menyemai kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia untuk memelihara kebersihan alam persekitaran. Turut hadir dalam majlis malam tadi ialah kumpunan anti Lynas, NGO “Save Malaysia Stop Lynas” dan wakil-wakil penduduk kawasan Balok dan sekitarnya. Secara keseluruhannya, ucapan yang disampaikan oleh beberapa orang pemimpin malam tadi jelas berkisarkan kepada kempen membantah projek kilang memproses rare-earth milik Lynas Corporation yang bakal beroperasi di Gebeng tidak lama lagi.

Ehsan :
YB Dato Husam Musa di Kuantan, Pahang

Pahang Daily Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: