Geran Hak Milik Tanah 135 buah rumah di Taman Desa Kuala Garing Lulus

Adun Rawang YB Gan Pei Nei dan Ahli Parlimen Selayang YB William Leong memberi taklimat kepada penghuni.

Seramai 100 penghuni Taman Desa Kuala Garing menghadiri taklimat pada pagi tersebut

Isu keengganan MCA menyerahkan dewan orang ramai punca kelambatan pemprosesan Geran Tanah Taman Desa Kuala Garing telah selesai . ADUN Rawang Gan Pei Nei mengumumkan berita baik ini dalam sesi dialog bersama penduduk taman tersebut pada Ahad lalu. Menurut Gan, mesyuarat EXCO negeri Selangor telah meluluskan hak milik tanah 135 buah rumah pada bulan Ogos.

Satu taklimat tentang geran tanah Taman Desa Kuala Garing telah diadakan pada 2 Oktober di Padang Taman Desa Kuala Garing dengan kehadiran seramai 100 orang penghuni. Selain ADUN Rawang YB Gan Pei Nei, turut hadir bersama termasuk YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang, Tengku Zulpuri, Ahli Majlis Zon 16 MPS, Encik Tony, Ketua JKKK Kuala Garing, Encik Thamalingam, Ketua Komuniti India Kg Sg Dua Tambahan serta Encik Sivaraja, Ketua Komuniti India Kg Sg Bakau.

“Geran milik tanah sepatutnya dilulus pada tahun lepas, tetapi apabila Majlis Perbandaran Selayang mengeluarkan notis untuk ambilalih dewan tersebut, MCA telah mengeluarkan surat guaman membalas bahawa mereka mempunyai hak milik tanah serta kontrak bersama Lafarge. Keadaan ini telah menyebabkan Kerajaan Negeri terpaksa menangguhkan penyerahan geran tanah kepada 135 pemilik tanah sehingga isu pengambil alihan dewan ini selesai. ” kata Gan.

“Pihak saya telah menulis surat mohon pihak EXCO serta Pejabat Tanah dan Galian supaya geran hak milik tanah 135 buah penduduk dapat diluluskan dengan segera sementara menyelesaikan isu dewan yang enggan diserahkan oleh MCA Selayang. MMKN akhirnya meluluskan supaya geran utama di bawah nama Larfrage ini dipecahkan kepada lot individu atas nama penduduk asal taman ini yang ditempatkan semula dari Rumah Panjang APMC dahulu”

Oleh itu, penduduk perlu bekerjasama bagi membolehkan proses penukaran hak milik tanah boleh dilakukan dengan secepat mungkin. Larfrage telah melantik peguam bagi semua urusan berkenaan dan penghuni perlu membayar kos pemprosesan sebanyak RM ,500 yang termasuk bil guaman, Indah Water, elektrik dan air. Selepas ini, pihak peguam akan membuka kaunter di salah sebuah rumah kosong yang sedia ada di taman ini bagi memudahkan segala urusan berkenaan.”

Penghuni amat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor kerana akhirnya mereka menerima geran tanah yang ditunggu sekian lama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: