Belanjawan Pakatan Rakyat perkasa golongan wanita

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengangkat martabat wanita sebagai teras utama pembangunan negara melalui ‘Belanjawan Sejahtera 2012′, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Menurut Izzah, janji Pakatan Rakyat untuk mengangkat penglibatan wanita sebanyak 30 peratus dalam senarai penjawat awam di Selangor, adalah bukti penekanan terhadap golongan tersebut.

“Antara dua langkah pemerkasaan serta merta yang dikenalpasti termasuk bayaran RM 1,000 bagi tahun 2012 kepada suri rumah yang layak.

“Manakala elaun penjagaan anak sebanyak RM 700 setahun kepada mereka yang mempunyai anak dibawah 12 tahun bagi keluarga yang berpendapatan di bawah RM 1,500,” kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui.

Izzah memaklumkan, menerusi belanjawan alternatif ini, lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak bertauliah ditubuhkan dengan insentif cukai bersesuaian.

“Melalui dua pemerkasaan ini, Pakatan Rakyat telah menetapkan peruntukan sebanyak RM 3.6 bilion yang merupakan satu permulaan. Tidak termasuk insentif tidak langsung melalui program latihan dan seumpanya seperti yang ditetapkan dalam Belanjawan Sejahtera,” katanya.

Izzah menjelaskan, penyertaan 46 peratus golongan wanita dalam sektor buruh di Malaysia adalah antara yang terendah di Asia.

Justeru Pakatan Rakyat menetapkan dasar mempertingkat peratusan wanita bekerja kepada 55 peratus.

“Berbanding Pakatan Rakyat, kerajaan Barisan Nasional tidak komited untuk membela nasib wanita.

“Pindaan terhadap Akta Keganasan Rumah Tangga (2011) adalah contoh tertundanya pemerkasaan terhadap hak-hak wanita. Pindaan mengambil masa yang begitu lama sebelum akhirnya diluluskan.

“Sedangkan di Selangor, cuti bersalin 3 bulan (diberi) untuk kakitangan wanita kerajaan negeri, termasuk lantikan ke jawatan-jawatan penting seperti yang dibuat di Pulau Pinang,” kata Izzah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21461

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: