Najib, sila selesaikan Isu Utama di Kawasan Rawang!

Saya menyeru Y.A.B Perdana Menteri Dato’ Sri Najib untuk menyelasaikan 5 isu utama yang melibatkan Kerajaan Persekutuan di Kawasan Rawang.

Saya mewakili penduduk Rawang mengalu-alukan lawatan kerja Y.A.B Perdana Menteri Dato’ Sri Najib ke Pekan Rawang esok, tetapi ingin menarik perhatian Y.A.B Perdana Menteri supaya meyelesaikan isu sistem jalan dan pengangkutan, keselamatan, kabel kuasa tinggi TNB, penambahan Sekolah Rendah Tamil serta kompleks sukan seperti yang tersenarai di bawah:

1) Menaik taraf dan melebarkan semua Jalan Persekutuan dalam kawasan Rawang iaitu Jalan FT3209,FT01 dan B27 dari Selayang – Pekan Rawang – Sg Choh serta Pekan Rawang- Bandar Country Homes- Bandar Tasik Puteri- Batu Arang –Ijok. Setiap hari, terdapat kira-kira 370 ribu kereta yang menggunakan Jalan Persekutuan FT 3209 dari arah Pekan Rawang ke Batu Arang. Kesesakan lalu lintas sentiasa berlaku di depan Tol PLUS Rawang.
Pada Disember 2010, Menteri Kerja Raya telah mengumumkan bahawa 9km Jalan Persekutuan tersebut akan dinaik taraf, tetapi pada peringkat terkini, cuma 1.6km yang sedang dijalan.

2) Memecahkan kawasan Rawang menjadi Ibu Pejabat Polis Daerah Rawang, serta mebina sebuah Balai Polis di Bandar Country Homes bagi meningkatkan tahap keselamatan dan membanteras jenayah di Rawang. Balai Polis Rawang serta bilangan polis yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah populasi Rawang seramai 200 ribu orang akibat pembangunan yang pesat di Rawang. Kini, nisbah bilangan polis kepada penduduk Rawang adalahh 1:4000 orang, sedangkan kadar yang ideal ialah 1:250.

Mengikut Rancangan Pembangunan Rawang, sebidang tanah telah digazetkan untuk membina Balai Polis di Bandar Country Homes, tetapi tidak dapat dijalankan kerana tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kementerian Dalam Negeri.

3) Bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengadakan lalu alternatif dan tidak menggunakan laluan di Kampung Sungai Terentang sebagai laluan kabel kuasa tinggi 275kv bagi projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR). Laluan di kampung dan sekolah akan menjejaskan kesihatan penduduk kawasan sekitar dan murid.

4) Membina sebuah Sekolah Rendah Tamil baru(SJKT) di Rawang. Kini, Rawang hanya mempunyai sebuah SJKT dan jumlah murid telah meningkat ke 1500 orang. Infrasturktur dan kemudahan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Rawang yang sedia ada tidak dapat menampung bilangan murid yang meningkat dari Rawang,Kuang dan Kundang.

5) Oleh sebab padang awam di Pekan Lama Rawang telah ditukar milik dan dibangunkan sebagai pusat perniagaan, penduduk Rawang telah kehilangan tempat rekreasi untuk aktiviti riadah. Saya ingin menyeru Kementerian Belia dan Sukan membina sebuah kompleks sukan kepada penduduk Rawang.

“Saya berharap YAB Perdana Menteri bukan sahaja mengumumkan peruntukan, tetapi juga menyelesaikan masalah yang relevan dengan penduduk Rawang bagi menunjukkan Kerajaan Persekutuan memang prihatin dan mengutamakan rakyat” tegas Gan.

Selangorkini: Penduduk Rawang Mahu PM Selesai 5 Isu Utama

Merdekareview: ADUN Rawang gesa PM selesaikan 5 isu utama

Advertisements

3 responses to this post.

  1. Posted by Ramuseren on October 8, 2011 at 4:17 am

    All the issues raised already made known to the rulling government. We hope, the government will address the issues.

    By the by, I would like to request The Selangor Government through Majlis Perbandaran Selayang to address traffic congestion in Rawang town immediately especially at Jalan Welmen and Bandar Baru Rawang. Further, please allow the road next to the Masjid Rawang be used by motorist so that this road can ease the jam.

    The issue on the kawasan Riadah dan reakriasi can be addressed by Selangor Government since it was the state government ‘s decision to convert the existing padang into new township.

    Please provide alternate land.
    Thank you.

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on October 8, 2011 at 1:48 pm

      Thanks for the feedback.As for the traffic in Rawang Town to improve, we’ll change the parking into side parking for more parking space.The road is closed for time being because its encroaching into the mosque area which will affect the safety of the mosque users and road users around that area.We demanded the road safety audit report to be submitted to JKR for that particular road before we open to public.Besides,the developer claimed that they paid the compensation to former mosque committee but it was not recorded in account.We will settle everything by this month.

      Rawang town & Bandar Baru Rawang road is Federal Road (FT1) leading to Sg.Choh.We’re also re-adjusting the buses arrangements to improve the traffic system.All the needs co-operation frm not only MPS, but also SPAD,police,JKR,JPJ to enforce,most importantly from the people.

      As for the field,title already issued to private company to build commercial centre.We’re currently identifying a convenient area for a multi-purpose stadium,which certainly needs bigger budget.Land in town area are all under MAHUMAS under the privatization contract signed in 1993.It was the Sel Gov that time converted that land.Rawang certainly facing challenge in getting a same size of land for recreational purpose,but we are putting effort in creating more creatinal area like badminton court,children playground and recently we managed to beautify and open up the lake garden at Bandar Country Homes through MPS and State Government.

      Hope to hear from you on ideas and join us to build a better livinghood for all:)

      Reply

      • Posted by Ramuseren on October 29, 2011 at 1:27 pm

        Thank you on your commitment to open the road besides the rawang mosque by end of October 2011.

        For record purpose, I don’t see the road open toas public until today, 29/10/2011. You may want to take another month BUT hope this time the road is really OPEN. The rawang people sudah tak boleh tahan jam lagi lah.

        Road is already completed some 3 years ago and yet cannot be opened to public. IF the mosque compensated, please get the proof and publish here, please.

        Also please publish the safety audit report here so that everyone knows that the road is safe for public or other wise.

        Thank you

        Trusted
        Ir M Ramuseren

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: