Perlancaran Karnival Deepavali di Little India, Rawang

Perlancaran Karnival Deepavali

Saya bersama YB William Leong (Ahli Parlimen Selayang),Encik Gunaraj George (Ahli Majlis MPS),Encik Athedthan (Pengerusi Persatuan Peniaga India Rawang-RIBA) serta AJK persatuan,Ketua-ketua Ranting KEADILAN DUN Rawang telah melancarkan Karnival Deepavali 2011 di Jalan Wellman,Pekan Lama Rawang semalam.

Karnival ini adalah kali pertama diadakan di Rawang dengan kerjasama antara RIBA, MPS dan Pejabat saya dengan hasrat untuk mewujudkan Little India di Pekan Lama Rawang, khasnya di Jalan Wellman,Rawang yang separuh daripada pekedainya merupakan kedai-kedai yang menjual barang-barangan tradisi komuniti India.

Tujuan utama karnival ini diadakan adalah untuk mememeriahkan suasana perniagaan di Pekan Lama Rawang dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu memberangsangkan kini. Pekan Lama Rawang memang merupakan kawasan yang kaya dengan ciri-ciri warisan dan kebudayaan komuniti Rawang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Banyak tokong Cina yang bersejarah,bangunan persatuan yang didirikan sebelum zaman penjajahan British,kuil India yang terbesar dan lama di Rawang semuanya boleh didapati di Pekan Lama Rawang.

Sebelum memulakan majlis, kita telah melawat pekedai-pekedai di Jalan Wellman bagi mengucapkan Selamat Deepavali dan menjemput mereka untuk hadir bersama dalam Majlis Sambutan Deepavali Peringkat Negeri Selangor di Jalan Maxwell, Pekan Lama Rawang.Sambutan meriah diterima daripada pekedai dan orang awam yang tengah membeli barangan sebagai persiapan Hari Deepavali.Mereka berasa gembira dengan adanya Karnival Deepavali ini.

Saya juga mengumumkan bahawa Sambutan Hari Deepavali Peringkat Negeri Selangor akan diadakan pada 7hb November 2011 (Isnin), pkl 7 mlm-12mlm di Jalan Maxwell,Pekan Lama Rawang.Semua adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.

YB William Leong telah merasmikan Karnival Deepavali 2011 dan mengumumkan bahawa Menteri Besar Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan Batu Arang sebagai Pekan Warisan semalan dan Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peuntukan bagi menggalakkan industri pelancongan di kawasan Batu Arang.

Majlis ini disempurnakan dengan pemberian baju Punjabi kepada seramai 32 orang anak yatim daripada Persatuan Kebajikan Sri Saradha Devi Illam, Rawang atas sumbangan Pengerusi RIBA, Encik Athedhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: