MESEJ PERAYAAN DEEPAVALI 2011

MESEJ PERAYAAN DEEPAVALI 2011
TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Perayaan Deepavali kepada seluruh penganut agama Hindu, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan. Deepavali tentulah merupakan perayaan penting buat penganut agama Hindu.

Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid

Perayaan Cahaya ini menjadi lambang kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman. Negara kita mempunyai sejarah yang unik dalam hal kepelbagaian agama serta kepercayaan. Sebab itu Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kepada semua penganut agama. Agama Hindu merupakan satu daripada agama yang utama diamalkan di negara kita. Di Selangor, daripada sekitar 5.3 juta penduduk, 16 peratus berketurunan India dan majoritinya beragama Hindu.

Dalam realiti hidup yang majmuk, saya menyeru agar kita semua dapat bersama saling mengenali, menghormati, memahami serta menerima persamaan dan perbezaan yang ada. Ini penting dalam usaha memelihara kerukunan hidup bermasyarakat. Kita harus menerima bahawa perbezaan pendapat adalah hal yang tidak dapat dielakkan. Apa yang boleh dibuat ialah berikhtiar menguruskan persoalan berbangkit dengan cara aman dan bijaksana.

Dengan keupayaan yang terbatas Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited untuk membantu pelbagai isu berkaitan keperluan kaum India dan penganut agama Hindu, lazimnya dalam hal bantuan pendidikan dan juga kuil. Setiap tahun, sekitar RM5 juta diperuntukkan untuk pendidikan kaum India di samping kelulusan tanah dan pembinaan kuil berdasarkan keperluan mengikut saringan Majlis Bukan Islam yang ditubuhkan.

Sempena Deepavali tahun ini, saya akan melawat Little India pada 24 Oktober 2011 dan menghadiri Program Karnival Deepavali peringkat negeri Selangor di Pekan Rawang pada 7 November 2011.

Semoga Deepavali kali ini menguatkan iltizam para penganut agama Hindu untuk memastikan kebaikan dan keadilan sentiasa dapat mengatasi kejahatan dan kezaliman.


Selamat Menyambut Deepavali.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s