Lebih 3,000 Hadir Rumah Terbuka Deepavali

Tuesday, 08 November 2011 | selangorkini
Oleh : Affeqa Affera

Sambuatan Deepavali dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid, MB Selangor; YB Dato' Teng Chang Kim, Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Dr Xaver, YB Ronnie Liew, Yb Gan Pei Nei, YB Ammiruddin, YB Tian Chua, YB William Leong, YB Zuraidah, YDP MPS Dato' Zainal, DO Gombak Tuan Ahmad Zaharin, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung

RAWANG, 8 NOVEMBER : Program Rumah Terbuka Deepavali bersama Kerajaan Selangor yang disempurnakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di daerah Rawang disambut meriah dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung berbilang kaum di Jalan Maxwell di sini malam tadi.

Program jelajah sambutan Deepavali kali ketiga itu turut dihadiri barisan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, antaranya Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Datuk Teng Chang Khim dan Gan Pei Nei.

Dalam majlis itu, hadirin dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis tempatan dan pertunjukan bunga api sebelum Abdul Khalid diarak ke pentas utama untuk memalu peralatan muzik tradisional kaum India iaitu ‘Dol Banghra’ (gendang) sebagai simbolik pelancaran majlis.

Light overcoming Darkness, Hope for the Nation (photo by MediaRakyat)

Abdul Khalid dalam ucapan ringkasnya, melahirkan rasa bangga dengan kerjasama erat yang terjalin di kalangan masyarakat Selangor berbilang kaum dalam usaha meraikan dan menghormati sambutan perayaan agama masing-masing.

Justeru katanya, masyarakat Hindu khususnya perlu meraikan sambutan Deepavali kali ini dengan penuh keriangan dan kegembiraan bagi menghayati erti kemenangan.

“Pelbagai kaum berkumpul dengan penuh harmoni untuk meraikan sambutan Deepavali. Selain itu kita juga bertuah untuk merayakan sambutan Hari Raya Aidiladha yang juga meraikan kemenangan umat Islam di seluruh negara,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengharagai sikap masyarakat setempat yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mentadbir Selangor.

Jelasnya, kerajaan Selangor di bawah Pakatan akan terus berusaha untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan sejagat.

“Kerajaan Selangor akan meneruskan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), malah akan ditambah dan diperhebatkan lagi untuk memberi kebaikan serta manfaat secara terus kepada rakyat,” ujar Khalid.

Sumbangan sebanyak RM 521,000 kepada Rumah Ibadat Bukan Islam.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan sejumlah RM521,000 kepada beberapa buah rumah ibadat bukan Islam yang terpilih di sekitar negeri Selangor bagi dibaikpulih untuk kemudahan masyarakat selain memberi ang pow (duit raya) kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Perayaan Deepavali dimeriah dengan kehadiran penduduk Rawang

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: