Majlis Permuafakatan Wanita Selangor Ditubuh Perkasa Wanita Di Selangor

Selangorkini Tuesday, 15 November 2011
Oleh : Naeem Raffi

YB Rodziah, YB Gan bersama NGOs melancarkan Majlis Permuafakatan Wanita Selangor

SHAH ALAM, 15 NOVEMBER : Ekoran sikap lepas tangan dan tidak peka kerajaan pusat terhadap nasib golongan wanita serta keengganan bekerjasama dengan kerajaan Selangor telah membuka pembentukan Majlis Permuafakatan Wanita Selangor (MPWS) yang dilancarkan hari ini.

Usaha memperkasa kedudukan dan kebajikan golongan wanita di negeri Pakatan Rakyat ini merupakan suatu pengiktirafan kerajaan Selangor berhubung peranan dan sumbangan kaum wanita dalam segala sektor.

MPWS adalah gabungan usahasama Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Wanita dengan 22 Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) termasuk para ahli akademik dan profesional.

Penubuhan MPWS antara lain adalah sebagai penasihat dalaman untuk melihat pembangunan wanita secara holistik selain membincangkan isu-isu berkaitan yang menjadi kepentingan bersama.

Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata penubuhan MPWS adalah usaha berterusan pihak kerajaan negeri memperkukuhkan peranan wanita termasuk memperuntukkan geran berjumlah RM30 juta melalui Belanjawan Selangor 2012 baharu-baharu ini.

“Ini adalah khusus memastikan bahawa kehadiran MPWS dengan pelan tindakan yang telah siap, jadi menjelang tahun hadapan aktiviti kaum wanita akan dilonjakkan ketahap 100 peratus supaya isu-isu berkaitan wanita dapat ditangani,”katanya.

Rodziah berkata demikian dalam satu sidang media di lobbi Dewan Annex, di sini.

Rodziah menambah, MPWS turut memperjuangkan prinsip menghormati perbezaan budaya dan agama di kalangan masyarakat selain menekankan persamaan nilai bagi mengukuh semangat perpaduan.

“Saya mengharapkan dengan penubuhan MPWS ini, kami akan mendapat lebih banyak imput dan lebih ramai wanita akan terlibat,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: