RM5 juta naik taraf sungai, projek mampu tampung kuantiti air sehingga 100 tahun

RAWANG – sebanyak RM5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri untuk meneruskan kerja naik taraf Sungai Rawang yang tertangguh lebih tiga tahun yang lalu.

Jurutera Jabatan Pengairan Saliran Daerah Gombak, Ir Mohd Fuad Buang berkata, projek itu melibatkan melebarkan dan mendalamkan sungai serta memasang konkrit menggantikan tanah pada struktur sungai.

Menurutnya, projek yang melibatkan jajaran satu kilometer itu dijanka mampu menampung kuantiti air untuk jangka masa 100 tahun dan mampu menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk terutamanya di Pekan Rawang.

“Projek yang memakan masa 64 minggu ini dijadualan siap Januari 2013 turut akan menyediakan perangkap mendapan bagi memastikan aliran sungai lancar.”

“Kita juga minta orang awam dan penduduk supaya tidak membuang sampah di sungai untuk mengelakkan sampah tersumbat seterusnya membawa masalah banjir berulang.” Katanya selepas sesi dialog bersama penduduk kampung Lin Tan, Semalam.

Ditanya tentang masalah yang bakal dihadapi sepanjang projek berjalan katanya, ia melibatkan rumah penduduk yang hampir dengan sungai, utiliti, kebun dan cuaca.

“Kita sedaya upaya akan cuba elak daripada merobohkan rumah penduduk yang terlalu hampir dengan sungai.”

“Kita juga sedang meneliti utiliti kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan akan meminta kerjasama mereka untuk mengalihkannya untuk memastikan projek itu berjalan lancar.” Katanya.

Mohd Fuad berkata beliau meminta penduduk yang terlibat dapat memberikan kerjasama terutamanya jika jarak projek berada dalam kawasan rumah dan tanaman.

Dialog bersama penduduk Kampung Lin Dan

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei berkata sepanjang beliau menjadi wakil rakyat, isu Sungai Rawang sentiasa dalam perhatianya.

Menurutnya, beliau berpuas hati dengan proses perlaksanaan projek sekarang kerana berjalan lancar dan kini sedang dalam proses lantikan perunding.

“Berbeza kontraktor dulu, mereka diberikan lantikan terus dan dilihat kurang berkemahiran apabila gagal menyiapkan projek pada masa ditetapkan dan hanya 10 peratus projek berjalan bermula 2006 hingga 2008”

“Kegagalan kontraktor menyiapkan projek menyebabkan lantikan mereka dibatalkan dan memilih untuk melantik kontraktor baru melalui peruntukan Kerajaan Negeri” katanya.

Ditanya tentang pampasan kepada rumah terlibat katanya, beliau sedia untuk berbincang dengan pihak berkaitan supaya menyediakan pampasan sekiranyan terdapat rumah penduduk yang terlibat.

Beliau berharap melalui projek naik taraf itu mampu menyelesaikan masalah banjir apabila hujan lebat melanda.

(Keratan akhbar Sinar Harian 23 November 2011)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: