Kongress PKR Wanita : Gesa PKR Ketengah Lebih Ramai Calon Wanita

Kongress Wanita PKR di Johor

JOHOR BARU 25 NOV : Sayap Wanita Parti Keadilan Rakyat menggesa kepimpinan parti mengetengahkan lebih ramai calon wanita dalam pilihanraya umum ke-13, bagi membuktikan komitmen parti memartabatkan penglibatan aktif kaum Hawa dalam segenap aspek masyarakat.

Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin mengharapkan PKR menzahirkan iltizam politik melunaskan ikrar itu, bagi merawat peminggiran wanita dari arus perdana oleh Barisan Nasional.

“Kita harus sedar kini bahawa peranan wanita bukan hanya sekadar pembawa suara sokongan dan peraih undi semata-mata. Partisipasi kaum Hawa harus dimartabatkan dan diketengahkan seadilnya,” kata Zuraida dalam ucapan Dasar Ketua Wanita PKR di Kongres PKR Ke-8 hari ini.

Mesyuarat berlangsung di Pulai Spring Resort, berapa 15 kilometer dari Johor Bahru. Kongres kali ini menyaksikan seramai 600 orang perwakilan dan 18 pembahas sayap Wanita dari cabang parti seluruh negara.

Persidangan wanita dijangka panas hari ini dengan pembentang usul-usul penting mempersiapkan PKR menghadapi cabaran Putrajaya.

TV Selangor difahamkan Pakatan Rakyat perlu melipat-gandakan usaha meraih sokongan wanita kepada gagasan itu yang susut ke 44%, mengikut satu tinjauan yang dilakukan pada bulan Ogos.

Ucapan dasar Zuraida bukan sekadar melahirkan gesaan kepada parti dan mengkritik

Ketua Wanita Keadilan YB Zuraidah

pemerintahan Barisan Nasional. Ia dilihat turut membuka peluang kepada parti untuk bermuhasabah supaya lebih berkesan memperjuangkan nasib kaum Hawa di negara ini.

Beliau dalam ucapan dasarnya memetik Laporan Jurang Jantina Global 2011 Forum Ekonomi Dunia yang melaporkan tahap pemerkasaan politik wanita Malaysia di tangga 97 dari 135 negara yang disenaraikan.

Turut membimbangkan adalah Keberdayaan Politik berada di tangga corot 115, Penglibatan Ekonomi di tangga 95, Pencapaian Politik di tangga 65 dan Kesihatan di kedudukan 78.

“Setiap dasar yang digubal haruslah mengambil partisipasi suara dan pandangan wantia agar hak dan martabat golongan wanita di negara ini dapat diangkat seadilnya,” tambahnya lagi.

“Tindakan afirmatif perlu dikuatkuasakan agar wanita Malaysia dapat bersaing dengan rancak sepadan dengan hasrat mencapai negara. Kita berbangga beberapa tokoh wanita mengetuai jabatan-jabatan kerajaan, korporat dan perbankan, namun golongan besar wanita marhaen masih lagi bergelut dengan kepompong kemiskinan, buta ilmu dan penindasan,” tegas Zuraida.

Wanita PKR mencadangkan belanjawan responsif di semua peringkat kerajaan yang memanfaatkan seluruh kapasisi guna tenaga wanita. Mereka turut menggesa sistem sokongan modal insan melalui insentif pekerjaan, kemudahan pinjaman, khdmat nasihat-runding dan jaringan ekonomi melalui penubuhan Konsul Perniagaan Wanita dan Tabung Khas Ekonomi Wanita.

“Rancangan perlaksanaan gaji minima (oleh kerajaan negeri Selangor) yang akan dilaksanakan Januari 2012 ini dilihat sebagai salah satu langkah kehadapan oleh Pakatan Rakyat yang mentadbir kurang dari 5 tahun, berbanding 54 tahun Kerajaan Barisan Nasional,” kata Zuraida.

“Malahan, program keusahawanan sosial yang dirancang dibawah peruntukan RM30 juta geran terhad Program Pemerkasaan Wanita diharap dapat mendorong kesetaraan jantina dan membasmi kemisikan di Selangor,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Wanita PKR turut meminta Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk meletakkan jawatan ekoran skandal yang melibatkan National Fidlot Corporation Sdn Bhd (NFC).

Ujar Zuraida, perletakkan jawatan ini demi menjaga maruah beliau sebagai seorang wanita.

( source TV Selangor.com)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: