MB Selangor: Isu TNB Rawang Selesai Khamis Depan

 

GOMBAK, 2 DIS : Kerajaan Selangor akan membentangkan hasil keputusan sama ada projek

YB William dan YB Gan menunjukkan jalan alternatif untuk projek CAR

pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST), Rawang boleh diteruskan atau sebaliknya pada Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan yang ditetapkan itu adalah hasil perbincangan terperinci yang dilakukan beliau bersama barisan Majlis Pimpinan Kerajaan Negeri.

“Pada saya kita telah bersetuju dan TNB juga bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini dengan memanggil perunding antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam bahagian tenaga elektrik.

Hasilnya sudah diserahkan kepada saya dan kita akan membuat keputusan, Exco telah membuat keputusan dan akan dibentangkan pada majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) Khamis depan dan kita akan menjemput TNB untuk mendengar hasil keputusan tersebut,” katanya.

Semalam, TNB diminta menangguhkan kerja pembinaan projek pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST), Rawang berikutan surat arahan berbuat demikian yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Ini berikutan bantahan penduduk kampung tersebut yang tidak bersetuju projek pembinaan itu dijalankan di kawasan penempatan mereka.

Bagaimanapun apa yang berlaku, TNB menjalankan semula kerja pembinaan projek itu walaupun dibantah penduduk.

Difahamkan, pembinaan projek berkenaan akan menyebabkan lebih kurang 60 buah rumah terpaksa dirobohkan.

Sehingga kini, kampung itu mempunyai penduduk hampir 6,000 orang dengan lebih kurang 1000 buah rumah.

(TV Selangor News

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: