Penduduk Bantah Projek TNB Di Rawang.

RAWANG, 1 DIS – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangguhkan kerja pembinaan projek pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST) di sini hari ini berikutan surat arahan berbuat demikian yang dikeluarkan Majlis Perbandaran

William Leong dan Gan Pei Nei

Selayang (MPS).

Ini berikutan bantahan penduduk kampung tersebut yang tidak bersetuju projek pembinaan itu dijalankan di kawasan penempatan mereka.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen berkata, Kerajaan Negeri telah menjalankan perbincangan dengan MPS berhubung perkara itu dan keputusan dicapai untuk menangguhkan sementara pembinaan projek tersebut.

“Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) telah berhubung dengan YDP MPS mengenai perkara ini dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPS telah menghubungi pegawai TNB yang berada di sini dan menerusi perbualan telefon meminta kerjasama TNB untuk menghentikan kerja di mana MPS akan keluarkan satu surat penangguhan sementara kepada TNB supaya tidak menjalankan sebarang kerja pembinaan di sini pada hari ini.

“Kita harap TNB memberikan kerjasama untuk berhentikan kerja (projek ini) dan bersurai dengan aman,” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini telah melantik perunding antarabangsa dan pihak tersebut telah mencadang pembinaan projek itu di kawasan lain yang tidak melibatkan kawasan penduduk.

“Kita menyeru kepada semua pihak termasuk Kerajaan Persekutuan kalau sebenarnya rakyat didahulukan gunakan alternatif (ini),” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei juga berkata, sepatutnya TNB menjalankan perbincangan terlebih dahulu dengan mengkaji cadangan dibuat oleh perunding antarabangsa demi memastikan keselamatan penduduk setempat.

Bagaimanapun apa yang berlaku, TNB menjalankan semula kerja pembinaan projek itu walau dibantah penduduk

Ketua Kampung KST, Goh Ah Kow mendakwa TNB sepatutnya menjalankan pembinaan projek itu di satu kawasan lain.

Katanya, pembinaan projek tersebut di kampung itu akan menyebabkan lebih kurang 60 buah rumah terlibat dan terpaksa dirobohkan.

“TNB mulakan kerja bukan di sini tetapi hujung sana. Bila TNB buat di sini ia akan merobohkan lebih kurang 60 buah rumah dan kita tidak boleh biarkan ini berlaku kerana kita ada geran rumah,” katanya.

Difahamkan, kampung itu mempunyai penduduk hampir 6,000 orang dengan lebih kurang 500 buah rumah.

Sementara itu, TNB dalam kenyataannya menjelaskan kerja pembinaan projek CAR di kampung itu akan disambung semula hari ini selepas tertangguh empat tahun.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Pembangunan Aset, Bahagian Penghantaran TNB, Faezah Ahmed berkata, surat pemberitahuan mengenainya telah dihantar kepada Menteri Besar Selangor pada minggu lalu dan tiada sebarang maklumbalas diterima oleh pihaknya.

Menurutnya, projek itu hampir siap 100 peratus kecuali bahagian yang melibatkan lima buah menara monopole sepanjang satu kilometer di kampung tersebut.

Mengulas lanjut, katanya, seluruh kawasan tengah Semenanjung Malaysia berisiko akan bergelap sekiranya projek CAR tidak diteruskan kerana permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Lembah Klang dan sistem sedia ada sudah menjadi semakin sukar untuk menampung bekalan yang semakin meningkat.

Tambah Faezah, pada awal September lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah melantik perunding luar negara untuk mengkaji laluan alternatif yang dicadangkan oleh penduduk kampung di mana TNB dijanjikan tempoh sebulan oleh Kerajaan Negeri untuk memberi keputusan muktamad.

Namun sehingga kini setelah hampir tiga bulan tiada apa-apa maklumbalas daripada Kerajaan Negeri Selangor.

TV Selangor akan mendapatkan penjelasan lanjut dari kerajaan Selangor Esok.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: