TNB dicadang guna laluan alternatif

Sesi Taklimat dengan Penduduk Kg Sg Terentang pada 6 Dis 2011

Rawang – Tenaga Nasional Berhad(TNB) mempunyai tiga lagi pilihan selain menggunakan jajaran di Kampung Sungai Terentang dalam Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah    (CAR).

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, TNB boleh memillih cadangan penduduk iaitu menggunakan laluan Rawang Perdana dengan anggaran kos RM11.09 juta tetapi berisiko kepada orang awam sekiranya berlaku kerosakan menara monopole.

“Sama seperti laluan asal TNB, Rawang Perdana turut berisiko tinggi kepada orang awam

Laluan Alternatif Projek Car

kerana jalan yang sempit dan kesesakan trafik terutamaya kekerapan lori membawa muatan berat memggunakan laluan itu. ”

“TNB juga boleh memilih mengikut jajaran leburaya Rawang dengan anggaran kos RM17.50 juta  dan kosnya masih rendah berbanding dengan jajaran asal TNB yang menelan kos RM 18.64 juta ” katanya ketika mengadakan sesi taklimat dengan penduduk Kampung Sungai Terentang semalam.

Beliau berkata, bagi cadangan laluan keempat , melibatan jajaran di bawah jambatan leburaya Rawang kosnya terlalu besar iaitu RM 26.25 juta.

Katanya, selain anggaran kos yang disebut, konsultan dilantik turut melampiran kebaikan dan keburukan setiap laluan yang dicadang.

“Mengikut konsultan yang dilantik, cadangan ketiga melibatkan laluan leburaya Rawang adalah pilihan terbaik, selamat dan memberi kesan minimum kepada orang awam berbanding cadangan penduduk menggunakan jajaran di Rawang Perdana.”

“Leburaya Rawang mempunyai keluasan yang sesuai dan tidak akan mengganggu tempat letak kenderaan selain gangguan penduduk yang terhad.” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan negeri Gan Pei Nei berkata, TNB diminta menghormati Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang digunakan sebagai medium membincangkan isu yang berbankit di negeri ini.

“Tindakan TNB masuk ke tapak projek ketika mesyuarat MTES bersidang adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan projek itu masih ditahap perbincangan . ” katanya.

( Sinar Harian )

Advertisements

One response to this post.

  1. TNB ada Jalan Alternatif kenape hendak masuk lagi KG…???

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: