Isu Kampung Terentang : TNB Didakwa Ketepi Tanggungjawab Sosial

Tv Selangor 14-12-2011


RAWANG, 14 DIS – Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa mengenepikan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat hanya untuk meneruskan pembinaan projek pengukuhan sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Sungai Terentang (KST) di sini.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong dalam sidang media bagi membela nasib penduduk kampung yang risau dengan tindakan TNB mengabaikan penyelesaian yang dicadangkan kerajaan Selangor.

Malah, katanya, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Xiang Chai baru-baru ini yang mengatakan pihak mana yang datang dahulu adalah pemilik asal tanah di kampung berkenaan jelas menggambarkan Donald Lim tidak membuat kajian dan mengetahui masalah sebenarnya.

Kenyataan Lim itu juga, dakwanya tidak mengambil kira kepentingan penduduk dan bukan mahu menyelesaikan masalah di kampung itu.

“Di sini ada satu surat bertarikh 30 Disember 1950. Ini adalah surat daripada ‘Resettlement Office Selangor’ kepada Pengerusi ‘Rawang Concessions’ iaitu pemilik tanah memberikan 47.5 ekar tanah kepada kerajaan negeri bagi tujuan untuk penempatan penduduk Cina di kawasan Rawang. Inilah permulaan Kampung Sungai Terentang.

“Masalah yang sebenarnya ialah tanggungjawab sosial. Ini bukan sahaja isu penduduk Kampung Sungai Terentang tetapi masalah tentang tanggungjawab kerajaan,” katanya kepada media di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan pei Nei.

William berkata, surat tersebut yang diperoleh daripada Arkib Negara menjelaskan status tanah itu adalah tanah lombong di mana ia secara tidak langsung menyatakan tiada pembangunan melibatkan TNB sebelum ini dan TNB juga belum wujud pada masa itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan geran tanah kepada penduduk di kampung tersebut dan dengan ini mengesahkan bahawa mereka adalah penduduk di kawasan itu.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini telah melantik perunding antarabangsa dan pihak tersebut telah mencadang pembinaan projek itu di kawasan lain yang tidak melibatkan kawasan penduduk tetapi TNB tidak mahu memberikan kerjasama.

“Saya merayu kepada Datuk Donald Lim untuk menggunakan pengaruh beliau sebagai Timbalan Menteri meminta jemaah Menteri Kabinet mengarahkan TNB menggunakan alternatif yang ada,” katanya.

Sementara itu, Gan pula berkata, Kerajaan Persekutuan harus bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian berhubung isu tersebut.

Disember lalu, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan surat arahan penangguhan sementara kepada TNB supaya memberhentikan kerja pembinaan CAR di kampung itu.

Surat arahan itu dikeluarkan selepas perbincangan antara kerajaan negeri dan PBT itu berikutan bantahan penduduk mengenai projek TNB itu.

Manakala TNB dalam kenyataannya menjelaskan kerja pembinaan projek CAR di kampung itu akan disambung semula selepas tertangguh empat tahun.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: