ISU Project CAR: SELANGOR ARAH TNB PERTIMBANG JAJARAN BAHARU

KENYATAAN AKHBAR
22 DIS 2011
CAR: SELANGOR ARAH TNB PERTIMBANG JAJARAN BAHARU

Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertimbangkan membina pencawang elektrik bagi Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di jajaran baharu di sepanjang Lebuhraya Persekutuan Rawang-Ipoh.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat keputusan tersebut setelah mendengar taklimat dari syarikat perunding kejuruteraan Aecom New Zealand  yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor untuk mengkaji laluan bagi pembinaan pencawang eletrik 275kV di Rawang.

Taklimat pada Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hari ini antara lain menyatakan bahawa satu kajian menyeluruh telah dibuat di empat jajaran yang berlainan iaitu:

i)        Jajaran asal oleh TNB yang merentasi Kampung Sungai Terentang
ii)       Jajaran yang disyorkan oleh penduduk yang melalui kawasan perusahaan Rawang
iii)      Jajaran baharu sepanjang Lebuhraya Persekutuan Rawang-Ipoh
iv)       Jajaran bawah tanah.

Antara empat jajaran tersebut, jajaran ketiga telah disyorkan oleh Aecom New Zealand kerana memerlukan kos yang paling minima serta tiada impak terhadap masyarakat setempat.

Sehubungan itu, Menteri Besar meminta TNB, Aecom New Zealand, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta agensi yang terlibat turun padang untuk memastikan jika syor tersebut boleh dirancang secara praktikal.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: