Zuraida seru wanita sertai himpunan 9 Januari

PETALING JAYA 4 Dis : Wanita KEADILAN menyeru anggotanya dan golongan wanita khasnya untuk turut serta memberikan sokongan ketika keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, 9 Januari ini.

Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata, perhimpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bukan bertujuan membela Anwar semata-mata, tetapi mempertahankan badan kehakiman daripada terus dicabuli kerajaan Umno-BN.

“Tindakan Kerajaan yang ‘menulikan’ institusi kehakiman demi memenuhi aspirasi politik buas Perdana Menteri, adalah kemuncak kepada pencabulan Umno-BN terhadap sistem demokrasi negara selama ini,”

“Ini bukan soal individu tapi soal sistem keadilan dan kehakiman Negara,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Wanita KEADILAN katanya, turut menegaskan samada Anwar dipenjara atau tidak, mereka akan terus komited untuk memperkuatkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU13).

“Sebagai gerak kerja menyeluruh, maka melalui program WAJAH (Wanita KEADILAN jelajah Kampung) telah merancang siri jelajah keseluruh negara untuk menyampaikan maklumat dan fakta sebenar (kes Fitnah II),” kata Zuraida lagi.

Di sidang media sama, Ketua Serikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail turut membidas tindakan polis yang cuba memberi gambaran negatif kepada rakyat mengenai perhimpunan aman tersebut.

” Saya tegaskan disini, himpunan ini bukan himpunan haram. Ia adalah untuk mengatakan sokongan terhadap kepimpinan Anwar, Kita mahu sistemperundangan negara pulih dan tidak dikongkong,”

Keadilan Wanita menyeru rakan-rakan turun pada 9 Jan

“Anggota polis perlu membuka ruang kepada rakyat kerana kita bukan nak buat kekacauan. Oleh itu polis perlu bekerja secara profesional untuk membenarkan kami berhimpun,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25101

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: