KERAJAAN NEGERI SELANGOR MERAIKAN TAHUN BARU CINA 2012

Sambutan Tahun Baru Cina 2012 akan diadakan di Rawang pada 6 Feb.

(Keyataan media Kerajaan Negeri)

SHAH ALAM- Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato’ Seri Khalid bin Ibrahim bersama-sama ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di Malaysia, khususnya di negeri Selangor Darul Ehsan.

“Kerajaan Negeri Selangor dengan gembira menyambut ketibaan tahun naga, yang dipercayai oleh kaum Cina sebagai tahun yang istimewa dan bertuah,” kata Menteri Besar.

“Saya berharap semua rakyat Selangor, tidak kira kaum, bangsa ataupun agama akan mengambil kesempatan musim perayaan ini untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.”

Dato’ Menteri Besar dan ahli MMKN juga berharap hubungan antara kaum akan lebih baik melalui interaksi dan usaha memahami antara satu sama lain. Selain itu, mereka mengingatkan kepentingan aspek keselamatan sepanjang musim perayaan kali ini.

Sila datang beramai-ramail meraikan Tahun Baru Cina

 

Kerajaan Negeri Selangor juga ingin menjemput semua pihak untuk bersama-sama menyambut Tahun Baru di Jalan Maxwell, Rawang pada 6hb Februari 2012, bermula pada pukul 2 petang sampai 11.30 malam.

Antara program-program yang dianjurkan pada hari tersebut termasuk persembahan orkestra Cina, tarian singa, akrobat dan banyak lagi. Menteri Besar dan barisan MMKN juga akan turut bersama rakyat untuk memeriahkan sambutan.

Butir Program Perayaan Tahun Baru Cina Kerajaan Negeri

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: