Penantian Penduduk Kampung Rawang Tin Untuk Miliki Rumah Selesa Berakhir

RAWANG, 21 JAN : Penantian sekian lama penduduk Kampung Rawang Tin untuk mendapatkan kediaman selesa berakhir apabila kerajaan Selangor melaksanakan pelan penempatan semula kawasan itu.

Kampung yang mempunyai 285 tanah plot tersebut akan dimajukan sebagai sebuah taman yang dinamakan Taman Rawang Tin.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap taman itu akan menjadi sebuah taman contoh dari segi keindahan persekitaran, kualiti pembangunan dan kerjasama di kalangan penduduk.

Menurut Abdul Khalid, pembangunan semula kawasan penempatan itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Rawang Tin dengan persetujuaan daripada penduduk sendiri.

“Ini perlu dilakukan kerana corak tanah yang berlumpur, rendah dan tidak rata menyebabkan banjir sering berlaku dan merugikan penduduk.

Maka, syarikat Westwood Development Sdn Bhd telah dilantik untuk memajukan kawasan ini,” kata Abdul Khalid, yang merasmikan upacara pecah tanah di sini semalam.

Tambah Abdul Khalid, sejak Julai 2009, tapak seluas lebih 89,000 meter persegi ini telah diluluskan dengan kadar premium mengikut nilai semasa.

Manakala permohonan pengurangan kadar premium untuk 145 unit setinggan juga sudah diluluskan pada 20 Januari 2010.

“Alhamdulillah, bayaran premium yang dikenakan telahpun dijelaskan pada Jun 2010 dan kebenaran merancang diberikan sejak Januari 2011.

“Pada 3 Januari 2012,lesen Pemajuan Perumahan telah diperolehi daripada Jabatan Perumahan Negara,” kata Abdul Khalid.

Majlis Perasmian Pecah Tanah Bagi Penempatan Semula Setinggan itu turut dihadiri oleh Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Ean Yong Hian Wah, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Samad, Ahli Parlimen Selayang Wiliam Leong Jee Keen, ADUN Rawang Gan Pei Nei dan Pegawai Daerah Gombak Ahmad Zaharin Mohd Saad.

( Tv Selangor 20 Jan 2012)

Advertisements

2 responses to this post.

  1. Posted by Chooi Chick Ngee on February 7, 2012 at 6:56 am

    Good job..after so long….I am Rawang Tin residents since born….this issue had been on-off so long since MCA time…Within ‘satu penggal’ this issue done…well done.

    Reply

    • Posted by Gan Pei Nei for RAWANG on February 8, 2012 at 6:07 am

      Thank you. Residents may go to sign Sales and Purchase Agreement starting from today at deveoper’s office at Selayang within this week.The work will start in two weeks time

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: