Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN.

Perutusan Tahun Baru Cina Presiden KEADILAN,Dr Wan Azizah Wan Ismail

Dikesempatan ini saya mengambil sedikit ruang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina – Gong Xi Fa Cai kepada seluruh bangsa Tiong Hua di Malaysia. Juga kepada rakyat Malaysia yang sama-sama menghormati sambutan tahun baru ini. Mengikut kalendar kepercayaan kaum Cina, tahun ini adalah tahun Naga. Tahun yang akan dipenuhi dengan semangat kekuatan, kesihatan serta membawa nasib yang baik.

Kita rasa beruntung dengan keharmonian diantara kaum yang telah dipupuk sekian lama. Inilah semangat perpaduan dan hormat menghormati yang perlu kita semua pertahankan. Walaupun ada pihak yang terus menyebarkan fitnah dan mangadu dombakan di antara kaum, namun KEADILAN tetap yakin.bahawa rakyat kini sudah matang dan bersedia untuk tinggal secara harmoni tanpa membedakan kepercayaan dan budaya itu satu penghalang kepada keadilan serta hak.

Isu-isu penyelewangan dan salah guna kuasa sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Pendedahan terus dibongkar agar rakyat dapat memahami bagaimana pentadbiran negara yang diuruskan itu menyebabkan merundumnya ekonomi negara. Malah rakyat dikaburi dengan berita yang kononnya negara berada dilandasan yang selamat.

Hakikatnya, lihatlah sahaja harga barang-barang keperluan yang tidak terkawal. Kebebasan rakyat juga disekat. Pandangan rakyat tidak diambil peduli. Generasi kini terus ditekan demi mempertahankan golongan elit yang tamakkan kuasa. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban kita semua sebagai rakyat yang cintakan kedamain dan keadilan untuk terus konsistan dalam agenda membersihkan Malaysia dari gejala-gejala yang mencemarkan negara.

KEADILAN menyeru kepada semua golongan, tidak kira di kampong atau pun kota, anak muda dan juga mahasiswa, professional dan kakitangan awam, inilah masanya untuk kita sepakat membina kebangkitan bangsa berteraskan maruah, keadilan, penghormatan dan persaudaraan.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: