“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” -Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H

Perutusan Sambutan Maulidur Rasul 1433H
YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim
“Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”

Selamat Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT  kerana masih memberi kita kesempatan untuk hidup dan merasa pelbagai nikmat kurniaan-Nya.

Berdasarkan catatan sejarah, sambutan Maulidur Rasul diraikan sejak abad ke-5 Hijrah  mencatatkan bahawa pada setiap  Isnin, Rabiulawal, rumah kelahiran Nabi SAW dibuka dan orang ramai berpusu-pusu mengunjunginya.

Sebenarnya, umat Islam sentiasa digesa mengingati dan mencontohi Rasulullah SAW pada setiap masa. Cara yang terbaik adalah dengan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. Hal ini ada  diterangkan dalam surah al-Ahzab, ayat 56 “Sesungguhnya Allah Swt dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

Selain  berselawat, tentulah pesanan dan akhlak Rasulullah SAW menjadi ikutan penting penganut agama Islam. Antara pesanan dan akhlak yang diajarkan adalah tentang hubungan sesama manusia.

Antara aspek penting dalam kehidupan manusia adalah perpaduan. Ia bertepatan dengan tema bagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”.

Meskipun Islam menganjurkan manusia bersatu dan mengelakkan daripada hidup berpecah-belah, namun penyatuan ini bukanlah dicapai kerana faktor luaran yang tidak kekal tetapi kerana prinsip-prinsip yang boleh dipertahankan.

Dalam surah al-Baqarah, ayat 213, Allah SWT menjelaskan bahawa pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu sebelum berpecah-belah dan diutuskan para Nabi untuk memberi khabar gembira dan amaran beserta kitab suci dengan keterangan yang benar untuk menjalankan hukuman antara manusia mengenai apa yang dikerjakan.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor. Pada 5 Feb 2012 (Ahad), jam 8.30 pagi di Stadium Melawati Shah Alam. Majlis akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor.
Selain perarakan, akan diadakan penyampaian anugerah khas Maulidur Rasul , persembahan nasyid oleh Inteam dan Hijjaz serta penampilan khas Ustaz Zahazan Mohamed. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: