Pelancaran Kaji Selidik “Sikap Politik dan Penyertaan Wanita di Rawang ” Sempena Hari Wanita Sedunia 2012

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2012

Peranan wanita sebagai ibu, pendidik dan penggerak masyarakat amat penting dalam membawa perubahan kepada pembangunan masyarakat, oleh itu, sumbagan setiap wanita harus dihargai dan diberi sokongan. Sekiranya kita benar-benar ingin wanita lebih aktif dalam sosial politik, kdudukan saksama jantina  serta satu sistem sosial yang lebih terbuka, adil dan saksama perlu diperkukuhkan. Ini merupakan perjuangan asas penita.

Saya seperti tahun lepas telah memberi sekuntum bunga kepada semua wanita yang berada di Pasar Pagi Pekan Rawang sempena Hari Wanita Sedunia 2012. Walaubagaimanapun, perbezaan pada tahun ini ialah saya tidak akan memberi bunga ros manakala diganti dengan “bunga homemade yang diisi dengan gula-gula”.

“ Tujuan memberi bunga homemade adalah untuk memberi sokongan kepada suri rumahtangga supaya mendapat sedikit rezeki semasa menjaga anak-anak di rumah.”

Disamping pemberian bunga, satu pelancaran Kaji Selidik “Sikap Politik dan Penyertaan Wanita di Rawang” sempena Hari Wanita Sedunia 2012 diadakan.Projek ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rawang, YB Gan Pei Nei . Tujuan utama kaji selidik adalah untuk mengenal pasti sikap politik dan penyertaan wanita Rawang, memupuk kesedaran hak-hak wanita serta mengenang jasa wanita pada Hari Wanita Sedunia.

Projek ini akan dijalankan selama 2 bulan iaitu pada bulan Mac dan April. Kami berharap dapat mengumpul sebanyak 1000 responden khususnya wanita yang berumur di antara 21-65  dan tinggal dalam kawasan DUN Rawang.  Analisa untuk kaji soal selidik tersebut akan diumumkan pada bulan Mei. Kepada sesiapa yang berminta untuk  membantu dalam kaji soal selidik boleh menghubungi Puan Siti pada 017-3227958.

Menjalankan soal Selidik selepas pelancaran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: