Selangor beli 50 lori urus kutipan sampah

Sinar Harian 15 Mac 2012

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor membeli 50 lori sampah untuk membantu semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu dalam pengendalian kutipan sampah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu Thian Kiew berkata lori sampah berkenaan akan disewa kepada PBT atau kontraktor yang memerlukan.

“Kita akan beli secara berperingkat dan bagi peringkat pertama kita tempah 50 buah lori yang mana kita jangka akan terima selewat-lewatnya April ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata langkah berkenaan adalah bagi menyelesaikan masalah dihadapi sesetengah kontraktor yang dilantik PBT yang berdepan dengan kesukaran dalam pengutipan sampah berikutan kekurangan lori sampah.

Liu berkata operasi tapak pelupusan sampah di Jeram dekat sini dilanjutkan sehingga 11 malam. – Bernama

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: