Selekoh Maut, Jalan Waterfall dipertingkatkan!

 

Jalan Waterfall sebelum dinaiktaraf

Jalan Waterfall KINI !

Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat telah memperuntukan sebanyak RM 1.4 juta mempertingkat jalan Waterfall yang berhampiran dengan New Green Park, Kg Lim Tan, Taman Hijau dan Taman Rawang.

90 darjah “Selekoh Maut”  yang bahaya telah banyak diadui oleh penduduk tempatan sejak 30 tahun yang lalu tetapi tidak diambil berat oleh Kerajaan Barisan Nasional. Apabila saya dipilih sebagai wakil rakyat Rawang, saya telah berusaha menyelesaikan Selekoh yang amat bahaya tersebut.

Kini, jalan Waterfall adalah 100 meter panjang, 7 meter lebar dan dinaiktarafkan daripada satu lorong kepada dua lorong. Penduduk tidak perlu lagi berkongsi jalan yang sempit.  Saya juga menggunakan peruntukkan kawasan DUN  Rawang dengan membina pagar di sepanjang jalan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM3 juta untuk meningkatkan sistem perparitan di Bandar Rawang supaya dapat menyelesaikan masalah banjir di sekitar taman-taman perumahan.

Saya disini ingin menyeru penduduk Rawang terus menyokong Pakatan Rakyat supaya  lebih banyak masalah yang lama diabaikan oleh Barisan Nasional dapat diselesaikan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: