Tempoh terakhir sedia alatan kutipan sampah

Sinar Harian 19 Mac 2012
Sesi pertemuan melibatkan 60 kontraktor terdiri 24 kutipan sampah dan baki kontraktor pembersihan

SELAYANG – Majlis Per­bandaran Selayang (MPS) memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk 24 kontraktor kutipan sampah menyediakan lori pengangkut sampah (kompektor) dan pekerja mencukupi seperti dinyatakan dalam tender.

Yang Dipertua MPS, Da­tuk Zainal Abidin Aala berka­ta, kegagalan kontraktor berbuat demikian boleh me­nye­babkan kontrak mereka dibatalkan atau dikenakan tindakan.

Menurutnya, setakat ini lima kawasan dikenalpasti berhadapan masalah aduan kutipan sampah tertinggi dan kontraktor sokongan dikerahkan untuk ambil alih tugas sementara itu.

“Lima kontraktor soko­ngan ditempatkan di lima kawasan bermasalah meliputi Batu Caves (G19), Taman Bolton (G20), Sri Gombak (G21), Pekan Rawang (R11) dan Kuang (K10).

“R11 kini dipantau kontraktor sokongan sepenuhnya selepas kontraktor yang dilantik melepaskan tender akibat kekangan alatan dan faktor kawasan yang luas,” katanya ketika mempengerusikan sesi dialog melibatkan kontraktor, ahli majlis dan pemimpin kawasan.

Beliau berkata, sesi dialog itu dibuat untuk mendengar masalah yang dihadapi kontraktor dan mencari jalan penyelesaian berkenaan masalah kutipan sampah yang kurang memuaskan.

“Kebanyakan masalah kontraktor gagal menjalankan tugas disebabkan faktor kekurangan kompektor memandangkan kebanyakan daripadanya adalah kontraktor baru.

“Bagaimanapun, semua kontraktor diingatkan supaya berusaha meminimumkan aduan sekurang-kurangnya menjalankan kerja kutipan sampah dan dari semasa ke semasa dapat mematuhi jadual yang ditetapkan iaitu tiga kali seminggu,” katanya.

Ditanya tentang masalah kontraktor yang kurang modal untuk menyediakan kelengkapan seperti dalam tender katanya, kontraktor mempunyai pilihan untuk menarik diri dan membiarkan MPS membuka peluang tersebut kepada mereka yang lebih layak.

“Bayaran yang diberikan oleh MPS kepada kontraktor adalah harga yang dicadangkan oleh mereka dan pemilihan dibuat berdasarkan tawaran yang paling menarik serta mampu menjimatkan kos operasi MPS,” katanya.

Sesi dialog turut dihadiri Ahli Parlimen Selayang, William Leong; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

William berkata, majlis dialog yang dibuat adalah untuk mencari penyelesaian dan menunjukkan komitmen MPS memastikan pembayar cukai diberikan perkhidmatan terbaik.

“Permasalahan itu bukan melibatkan pihak berkuasa tempatan sahaja tetapi secara tidak langsung turut melibatkan pemimpin kawasan yang menerima aduan. Justeru itu satu pasukan gerak kerja terdiri ahli majlis dan penasihat daripada kami ditubuhkan untuk memantau perkara itu.

“Aktiviti turun padang mendengar aduan dan membantu kontraktor baru menunjuk jalan juga antara mekanisme yang digunakan untuk melicinkan tugasan kutipan sampah itu serta mengelakkan terdapat kawasan yang tercicir,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: