Najib selaku Menteri Wanita ketepi wanita dalam Bajet 2012

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, kerajaan hanya memperuntukkan RM2.3 bilion daripada RM283 bilion belanjawan 2012 dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

“Ini membuktikan Najib sebagai Menteri Wanita mengenepikan golongan wanita di negara ini.

“Sedangkan wanita membentuk 50 peratus pengundi di Malaysia. Wanita terpaksa merujuk kepada Kementerian lain untuk mendapatkan hak mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, Pakatan Rakyat lebih banyak memberi tawaran kepada golongan wanita di negara ini, antaranya melalui Caruman Wanita Nasional dan penetapan dasar 30 peratus penglibatan wanita dalam pentadbiran.

Beliau mempersoal tindakan Malaysia menandatangani konvensyen Sidor di Beijing 20 tahun lalu, namun sehingga kini komitmen tersebut tidak pernah dilaksanakan.

“Agenda ini tak pernah dibangkitkan Umno BN. Lebih pelik, undang-undang pembelaan kaum wanita diwujudkan, namun tidak pernah dikuatkuasa,” ujarnya.

Tekan beliau, isu keselamatan wanita perlu diutamakan dalam belanjawan kerana wanita tidak pernah mendapat pembelaan sepenuhnya dan keadaan itu amat merisaukan apabila melihat kes rogol berlaku.

Justeru, kata Zuraida, pembelaan terhadap wanita seperti hukuman terhadap pesalah rogol akan turut dibangkitkan di Dewan Rakyat yang akan mula bersidang 24 September ini.

Beliau sebelum itu, mengumumkan program ‘Agenda Wanita Malaysia’ yang akan dilancarkan pada majlis makan malam di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam, Khamis ini.

Program tersebut akan dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Satu manifesto dengan tujuh tumpuan ala Buku Jingga memfokuskan kepada tuntutan wanita Pakatan Rakyat akan turut dilancarkan.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Ketua Wanita KEADILAN, Rodziah Ismail; Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Zailah dan Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Pusat, Madeline Chang.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35806

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: